MACBOOK Air 15 inci tidak hadapi masalah untuk tugasan kompleks selain kepenggunaan bateri mengagumkan.
MACBOOK Air 15 inci tidak hadapi masalah untuk tugasan kompleks selain kepenggunaan bateri mengagumkan.
Muhammad Saufi Hassan


MAHUKAN peranti berkonsep laptop yang berkuasa, nipis, ketahanan bateri sepanjang hari biarpun penggunaan optimum dan mampu melaksanakan sebarang tugas sama ada tugasan kompleks atau rutin.

Itu adalah trend kepenggunaan pada hari ini yang mahukan peranti berkuasa, namun mudah dibawa ke mana saja tanpa ada sebarang masalah atau memikirkan hayat bateri.

Untuk memenuhi semua keperluan berkenaan, penulis mencadangkan supaya anda memilih peranti baharu keluaran Apple iaitu MacBook Air 15 inci yang dikuasakan dengan cip pemproses Apple M2.

Menyentuh aspek spesifikasinya, MacBook Air 15 inci 2023 ini mempunyai saiz skrin 15.3 inci dengan paparan Liquid Retina bersama-sama dengan keupayaan prestasi termasuk suntingan video tanpa masalah.

Keupayaan bateri untuk MacBook Air ini juga mampu bertahan lebih 18 jam biarpun penggunaan pada tahap tertinggi tanpa sebarang masalah.

Peranti ini turut didatangkan dengan enam sistem 'speaker' dengan rekaan peranti 15 inci paling nipis yang berada di pasaran tanpa mempunyai kipas penyejuk, tetapi mampu beroperasi pada penugasan kompleks.

MacBook Air 15 inci menggunakan Audio Spatial yang mengasyikkan bersama dengan kamera 1080p FaceTime HD, pengecasan MagSafe dan kuasa serta kemudahan macOS Ventura untuk pengalaman yang tiada tandingan.

PENGGUNAAN cip M2 mampu menggalas semua tugasan termasuk tugasan kompleks yang sebelum ini memerlukan spesifikasi tinggi.
PENGGUNAAN cip M2 mampu menggalas semua tugasan termasuk tugasan kompleks yang sebelum ini memerlukan spesifikasi tinggi.

Bagi aspek prestasi, penulis melakukan ujian terhadap suntingan video berdurasi 30 minit dengan resolusi 4K menerusi perisian Final Cut Pro manakala untuk mengubahan warna, penulis menggunakan Da Vinci Resolve.

Menerusi ujian berkenaan, bagi tempoh sintesis atau 'rendering' untuk bahan berkenaan dengan penggunaan kurang daripada tiga lapisan kesan grafik serta penyesuaian warna yang minimum, tempoh proses diambil adalah sekitar tujuh hingga sembilan minit.

Untuk penetapan visual lebih daripada empat lapisan bersama padanan grafik yang sarat termasuk pengubahsuaian warna pada tahap maksimum, tempoh 'rendering' adalah sekitar 10 hingga 15 minit tanpa masalah.

Lebih mengagumkan adalah peranti MacBook Air 15 inci ini tidak menghadapi masalah untuk semua penugasan kompleks berkenaan dan kepenggunaan bateri juga sangat mengagumkan.

APPLE memperkenalkan generasi baharu MacBook Air dengan saiz 15 inci bersama padanan cip M2.
APPLE memperkenalkan generasi baharu MacBook Air dengan saiz 15 inci bersama padanan cip M2.

Penulis mampu bertahan 19 jam dengan penggunaan paling optimum termasuk melakukan penyuntingan video bersama dengan penugasan rutin lain.

Secara keseluruhannya, MacBook Air 15 inci ini adalah peranti segenap sudut atau 'all-rounder' tanpa sebarang masalah.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Julai 2023 @ 6:20 AM