GUBAHAN bunga sukulen yang dihasilkan agak mencabar terutama dari segi nak buat kelopak dan juga teknik mencantumkannya.
GUBAHAN bunga sukulen yang dihasilkan agak mencabar terutama dari segi nak buat kelopak dan juga teknik mencantumkannya.
Siti Zarinah Sahib


MENGHASILKAN hiasan bunga meja tentunya memerlukan ketelitian. Apatah lagi sekiranya gubahan ini dihasilkan sendiri menggunakan kertas krep. Menurut pengasas Crepestyle, Syafiza Khadir, 24, berbanding bunga segar, bunga tiruan lebih tahan lama serta mudah dijaga.

“Namun bagi mereka yang baru pertama kali menghasilkannya bunga sukulen, ia agak mencabar terutama dari segi penghasilan kelopak dan juga teknik mencantumkannya. Ukuran setiap kelopak juga perlu tepat tidak boleh berbeza walau hanya satu sentimeter,” jelasnya yang turut belajar teknik cantuman menerusi Internet.

Berkebolehan menghasilkan bunga kertas selepas mempelajari menerusi laman YouTube, jelas wanita ini, dia banyak menonton cara penghasilan bunga yang lebih realistik di YouTube. Ini dilakukan berulang kali sehingga dia dapat menghasilkan bunga yang lebih baik dari hari ke hari.

Selain bunga meja, Syafiza turut mengambil tempahan untuk bunga tangan perkahwinan serta gubahan hantaran. Tidak ketinggalan juga bunga hiasan rumah atau pejabat yang 100 peratus rekaan adalah berdasarkan cita rasa permintaan pelanggan yang inginkan kelainan di rumah mereka.

“Walaupun setiap ukuran sudah diberikan, ada kala penghasilan setiap bunga menampilkan ukuran berbeza kerana ia turut bergantung kepada jari-jemari si pembuatnya. Namun begitu jika sering dipraktikkan anda akan memperoleh bunga sukulen yang lebih baik daripada sebelumnya,” katanya.

BAHAN-BAHAN

1. KERTAS krep hijau muda (mengikut cita rasa sendiri), pen marker merah, dawai bunga, gam lilin, gam cecair, pasu berisi pasir dan gunting.

2. POTONG kertas krep berukuran 37 sentimeter (sm) lebar x 10sm tinggi. Daripada kertas dipotong tadi, potong pula dua bahagian berukuran 18.5sm menjadi lima bahagian. Bahagian pertama mempunyai tiga keratan, bahagian kedua mempunyai dua bahagian keratan 18.5sm.

DARI kiri, langkah 1 dan 2.
DARI kiri, langkah 1 dan 2.

Lipat keratan 18.5sm menjadi 12 bahagian berukuran 1.5sm x 10 sm. Lipat keratan 18.5 m tadi kepada lapan bahagian berukuran 2.3sm x 10sm. Anda akan mendapat keratan kecil dengan dua ukuran iaitu 1.5sm dan 2.3sm lebar dan 10sm tinggi. Potong bahagian keratan kecil pertama saiz 1.5sm berjumlah 36 keping dan potong bahagian keratan kecil kedua berukuran 2.3sm sehingga dengan

jumlah 16 keping.

3. BENTUKKAN kertas dipotong tadi seperti dalam gambar membentuk kelopak bunga sukulen sebanyak 36 untuk bahagian kecil pertama dan 16 kuntum untuk bahagian kecil kedua. Warnakan hujung

kelopak menggunakan marker merah.

4. POTONG dawai bunga mengikut saiz yang diingini dan tampal kelopak pertama seperti rajah 1. Untuk kelopak kedua ditampal berhadapan dengan kelopak pertama tadi seperti terhasil dalam rajah 2.

DARI kiri, langkah 3 dan 4.
DARI kiri, langkah 3 dan 4.

5. TAMPAL kelopak bunga seperti dalam gambar bermula kelopak kecil sehingga besar.

6. KUNTUMAN bunga sukulen yang siap dibentuk.

7. BUNGA sukulen yang sedia dijadikan hiasan meja.

DARI kiri, langkah 5 dan 6.
DARI kiri, langkah 5 dan 6.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 April 2019 @ 4:30 AM