HANYA guna 3 bahan asas untuk hasilkan rekaan menarik
HANYA guna 3 bahan asas untuk hasilkan rekaan menarik
Siti Zarinah Sahib


HAMPIR setiap rumah mempunyai gulungan reben yang tidak lagi digunakan. Kebiasaannya reben dikaitkan dengan pembalut hadiah dan dijadikan hiasan bagi mereka yang kreatif menggunakannya. Namun ada banyak cara lain untuk menukarkan potongan kain tersisa ini menjadi bentuk perhiasan comel dan dapat digunakan sebagai hiasan rumah.

Antaranya ‘menggubah’ reben menjadi rantai kunci yang boleh diletakkan pada beg si kecil, kunci rumah, kenderaan dan juga pakaian anda.

Menurut suri rumah, Madihah Mokhtar, dia mulanya tidak terfikir mengenai seni kraf tangan menggunakan reben boleh dijual bagi menambah pendapatan.

Namun selepas menghadiri kelas anjuran Komuniti Keusahawanan Suri Rumah Parlimen Hulu Langat, idea mulai timbul untuk menjadikan reka bentuk ini sebagai produk yang boleh dijual.

“Lebih penting ia mudah dibuat dan bahan yang diperlukan tidak banyak. Hanya reben, tali dan butang, tiga perkara asas yang perlu ada untuk menghasilkan rekaan menarik,” katanya yang turut berkebolehan menghasilkan bunga pahar untuk mempelai.

Menghadiri kelas pada setiap minggu ujar Madihah, pemilihan warna reben memainkan peranan penting dalam menghasilkan rantai kunci.

Pilih reben sedikit besar dengan rona terang kemudian potong mengikut ukuran diperlukan. Kemudian jahit di sekeliling reben sehingga membentuk bunga.

“Sebagai tambahan saya letakkan butang di tengah-tengah bunga riben ini supaya ia tahan lasak dan menampakkan keunikannya. Selain digantungkan pada kunci, rantai kunci ini boleh diberikan kepada anak untuk diletakkan pada kotak pensel mereka.

“Ia juga boleh dijadikan gelang pengikat rambut dan sepit rambut untuk si comel,” katanya.

Menggunakan kos paling minimum setiap rantai kunci dijual pada harga RM1 sehingga RM5 bergantung kepada ukuran, keunikan dan kreativitinya.

BAHAN-BAHAN

- Gam pelbagai guna

- Reben

- Butang

- Tali

- Gunting

BAHAN-BAHAN
BAHAN-BAHAN

CARA-CARA

1. BAHAN utama rantai kunci termasuk reben, gam pelbagai guna, tali dan butang.

2. POTONG riben berukuran 3 inci atau 7.6 sentimeter (cm) panjang dan dan 1 inci (2.5cm) lebar sebanyak lima keping.

LANGKAH 1
LANGKAH 1

3. JAHIT hujung riben yang dipotong tadi.

LANGKAH 2
LANGKAH 2

4. KEMUDIAN cantumkan kelima-lima reben menjadi seperti bentuk bunga.

LANGKAH 3
LANGKAH 3

5. JAHITKAN butang di bahagian tengah.

LANGKAH 4
LANGKAH 4

6. AMBIL reben yang menyambungkan dengan besi bulat kemudian jahit pada bahagian bunga reben tadi.

LANGKAH 5
LANGKAH 5

7. BEGINILAH hasilnya.

SIAP!
SIAP!

8. RANTAI kunci reben yang sudah disiapkan. Boleh digunakan bagi menggantungkan kunci atau perhiasan di kepala.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 September 2019 @ 5:10 AM