ANTARA permainan yang menarik perhatian pengunjung.
ANTARA permainan yang menarik perhatian pengunjung.
Yusliza Yakimir Abd Talib
yusliza@hmetro.com.my

Seiring kepesatan teknologi maklumat, jenayah dan buli siber dalam kalangan kanak-kanak serta remaja antara kebimbangan ibu bapa lebih-lebih lagi jika turut menjejaskan kehidupan atau emosi mereka.

Apa yang membimbangkan apabila ramai mangsa tidak tampil mendapatkan bantuan atau mengadu berkenaan insiden berlaku malah ada yang tidak tahu mereka sebenarnya mangsa jenayah atau buli siber.

Ramai ibu bapa juga tidak sedar aktiviti yang anak lakukan di alam maya. Tanpa sedar, ada yang dibuli menerusi komen dan hinaan, tidak kurang juga diintai, diganggu, dirangsang, didera dan dieksploitasi secara seksual.

Sempena Hari Hentikan Buli Siber Jun lalu, Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) terus mengukuhkan komitmennya untuk membina daya tahan digital dalam kalangan belia Malaysia dengan melancarkan Digi Yellow Heart.

Yellow Heart berfungsi mengurangkan jurang ketidaksamarataan melalui dua bidang tumpuan iaitu membina daya tahan digital dengan memastikan rakyat Malaysia dan anak mereka dilindungi di Internet. Ia menerusi penggunaan digital yang bertanggungjawab dan membolehkan kemasukan digital dengan memperkasakan setiap rakyat Malaysia untuk akses ke Internet.

Pengurus Program Kelestarian Digi Philip Ling berkata, pada zaman digital ini, ia bukan lagi sekadar menyediakan akses mudah ke Internet, sebaliknya memastikan rakyat Malaysia dan anak mereka selamat, sedar dan berdaya tahan terhadap pelbagai risiko dalam talian.

Oleh itu, katanya, menerusi pelbagai program pendidikan, pihaknya menyasarkan untuk membekalkan mereka dengan pengetahuan dan kemahiran diperlukan dalam penggunaan digital yang bertanggungjawab serta langkah pencegahan terhadap risiko siber. Ini sekali gus membolehkan kebebasan untuk Internet bukan hanya bagi mereka malah generasi akan datang.

NORHASNALIZA Senusi (kanan) menyerahkan sumbangan kepada Siti Hajar dan menantunya, Nurul Aisyah. FOTO IZAD THAQIF HASSAN
NORHASNALIZA Senusi (kanan) menyerahkan sumbangan kepada Siti Hajar dan menantunya, Nurul Aisyah. FOTO IZAD THAQIF HASSAN

“Sementara kita menikmati pelbagai manfaat daripada Internet, adalah penting untuk setiap orang sama ada ibu bapa dan kanak-kanak sedar potensi risiko seperti buli serta rangsangan siber selain mengambil langkah keselamatan memandangkan kanak-kanak kini mendapat akses Internet pada usia lebih awal.

“Oleh itu, Digi terus giat mengadakan pelbagai program pendidikan sebagai pendedahan kepada kanak-kanak dan ibu bapa terhadap risiko jenayah serta buli siber di bawah Yellow Heart. Antara inisiatif itu adalah pameran Digital Universe Digi di Petrosains,” katanya.

Digital Universe @ Petrosains dibina dalam konsep pembelajaran hiburan (edutainment) interaktif dan menyeronokkan, bertujuan mendidik dan menghubungkan kanak-kanak mengenai tingkah laku serta kesedaran digital bertanggungjawab terhadap pelbagai risiko Internet yang dihadapi golongan itu.

Program itu juga dapat menghubungkan guru dan ibu bapa untuk membantu kanak-kanak belajar berkenaan amalan dalam talian yang selamat dan warga digital yang positif melalui pelbagai aktiviti.

Menurut Ling, Digi sentiasa menjadi penyokong kuat untuk melindungi anak Malaysia di Internet dan usaha sama syarikat itu dengan Petrosains antara inisiatif yang dilaksanakan untuk memberi didikan dan galakan kepada mereka.

Pada masa sama bertujuan mencapai bilangan kanak-kanak, ibu bapa dan guru yang lebih besar dalam usaha Digi menanam kemahiran ketahanan digital untuk kekal selamat di Internet.

“Digi sangat percaya ia adalah tanggungjawab kita untuk melindungi dan melengkapkan anak kita dengan kemahiran menentang peningkatan risiko ancaman siber.

“Ini inti pati daripada program Internet Lebih Selamat Digi: membangunkan warga digital yang lebih baik, lebih berdaya tahan terhadap risiko dalam talian, dan bertanggungjawab dalam kelakuan dalam talian,” katanya ketika ditemui di Digital Universe @ Petrosains, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

ANTARA permainan yang menarik perhatian pengunjung.
ANTARA permainan yang menarik perhatian pengunjung.

Menurutnya, pameran itu diharap dapat memberi inspirasi dan memastikan pengalaman Internet yang mesra keluarga dan selamat untuk semua, terutama kanak-kanak dengan membina daya tahan digital dan memupuk mereka sebagai warga digital yang bertanggungjawab.

Katanya, adalah sebahagian daripada inisiatif Yellow Heart yang pihaknya berdedikasi dalam usaha melindungi golongan muda daripada peningkatan risiko ancaman siber dengan membina daya tahan digital. Selain memupuk kewarganegaraan digital dengan menggalakkan penggunaan positif Internet.

“Menjadi harapan kami supaya pengunjung menyedari dunia dalam talian juga datang dengan pelbagai jenis risiko seperti yang mereka lakukan dalam kehidupan sebenar.

“Mereka juga harus bertindak dengan etika tertentu seperti dilakukan dalam kehidupan sebenar dan memahami pentingnya mengambil langkah untuk melindungi diri ketika berada dalam talian.

“Sangat penting juga untuk sentiasa mengekalkan privasi mereka dan tidak berkongsi dengan orang asing yang ditemui dalam talian.

“Mereka juga diharap mampu mengenali risiko siber seperti buli atau rangsangan siber dan memutuskan langkah mencegah dan mengambil tindakan terhadap risiko ini,” katanya.

Pameran itu disasarkan untuk semua kanak-kanak yang mempunyai akses ke Internet dan aktif dalam talian khususnya antara umur 11 hingga 13 tahun. Ini kerana mereka dikenal pasti sebagai kumpulan berisiko tinggi berdasarkan tinjauan sebelum ini.

ANTARA permainan yang menarik perhatian pengunjung.
ANTARA permainan yang menarik perhatian pengunjung.

Berikut beberapa seksyen utama Digital Universe boleh diterokai pengunjung:

Secret Identities Zone - permainan realiti (AR) yang mana pelawat boleh belajar pelbagai jenis identiti dan tingkah laku di media sosial. Kanak-kanak diajar mengapa mereka perlu bijak dan bertanggungjawab ketika memilih sambungan dalam talian untuk mengelakkan risiko ini serta sedar bahawa kita semua mempunyai pilihan untuk menjadi baik, buruk atau hodoh di Internet.

Digital City Dare Zone - pengunjung akan mempelajari lima ‘bencana perkongsian’ yang dibuat pengguna Internet dan mengelakkan kesilapan ini dalam permainan sensor gerakan interaktif

Power-Upstander - berdasarkan permainan Pacman yang popular, cabaran khusus ini mengingatkan pengunjung berkenaan pentingnya tidak menjadi orang yang hanya melihat saja apabila terjadinya tingkah laku negatif dalam talian sebaliknya menjadi berani dan membantu mereka memerlukan.

X-Ray Vision - zon ini mempunyai beberapa video pendidikan yang mempamerkan statistik dan maklumat berkenaan buli siber dan rangsangan siber serta bagaimana ia boleh berlaku kepada kanak-kanak. Selain permainan berasaskan masa yang mana pengunjung diingatkan untuk sentiasa berhati-hati terhadap risiko tersembunyi di dalam dunia digital.

Memperkasakan Masyarakat - Pembelajaran Bahasa Isyarat Digital iaitu permainan aplikasi mudah alih yang mengajar Bahasa Isyarat Malaysia asas (MSL) menerusi permainan animasi dan animasi 3D yang interaktif dengan harapan dapat merapatkan jurang komunikasi antara orang pekak serta komuniti lanjutan mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 Julai 2018 @ 3:18 PM