CORINA (kanan) dan duta Clinelle Whitenup Shima Anuar pada pelancaran produk.
CORINA (kanan) dan duta Clinelle Whitenup Shima Anuar pada pelancaran produk.
HM Digital

Cahaya matahari adalah sumber utama sinaran ultra ungu (UV) yang menyebabkan penuaan kulit seperti bintik gelap, pigmentasi, warna kulit yang tidak sekata dan kulit kusam.

Menurut kajian yang diterbitkan Jurnal Akademi Dermatologi Amerika, alat elektronik juga mampu mengeluarkan sinaran UV yang membahayakan kulit dari semasa ke semasa.

Justeru, sama ada di kawasan terlindung daripada cahaya matahari mahupun terbuka, kulit kita sentiasa terdedah kepada sinaran UV.

Oleh itu, pentingnya penggunaan produk yang betul supaya dapat membantu menghalang proses penuaan kulit akibat sinaran UV dan mengekalkan kecerahan dan kesihatan kulit.

Jenama penjagaan kulit wajah, Clinelle melancarkan produk terbaru iaitu rangkaian pencerahan WhitenUp yang diperbuat menggunakan formulasi lebih baik. Ia menggunakan teknologi inovatif yang mengadunkan inspirasi kecantikan dan penyelesaian estetika untuk menghasilkan produk yang diperkaya dengan 10 kali perlindungan dan tiga kali kuasa pencerahan.

Teknologi unik dan terkini ini menggabungkan tiga bahan utama yang memberi kesan pencerahan dengan pantas dan berkesan untuk menjadikan kulit cerah sempurna selepas dua hari.

Ektrak beras ungu Jepun, juga dikenali sebagai ‘beras terlarang’ adalah simbolik penghormatan kepada maharaja zaman dahulu. Bahan berharga ini meningkatkan keberkesanan vitamin C untuk menjadikan kulit wajah lebih cerah, berseri dan lembap.

Vitamin C dikenali sebagai antioksidan yang berkuasa untuk mencerahkan wajah dan menyamaratakan ton kulit. Formulasi baru ini mengandungi 10 kali kuasa pencerahan berbanding formulasi sebelumnya.

Ekstrak bunga daisi pula membantu mencegah kegelapan kulit, mengurangkan pigmentasi dan menyamaratakan ton kulit secara berkesan.

Untuk pencerahan, ekstrak bunga Great Mullein ditambah dalam formulasi krim malam Whitenup Brightening, bagi membantu melindungi kulit daripada sinaran UV yang berbahaya sementara mengubahnya menjadi sumber cahaya yang berguna untuk kulit muda berseri.

Formulasi itu ditawarkan dalam enam penjagaan wajah iaitu pencuci, penyegar, serum, krim siang SPF20, Esen Spot Corrector dan krim malam.

Pengarah Urusan Big Pharma Asia Corina Lee berkata, Clinelle percaya kecantikan peribadi bermula dari kegembiraan sendiri semasa mempunyai kulit yang sihat.

Katanya, produk itu turut menekankan falsafah tanpa tujuh bahan bagi amalan kulit sihat dan ceria iaitu tanpa wangian tiruan, pewarna tiruan, bahan komedogenik, minyak mineral, alkohol, lanolin dan paraben.

“Kesemua bahan itu memberi kesan buruk pada wajah misalnya, wangian tiruan mengandungi alergen yang boleh menyebabkan kerengsaan kulit dan pewarna tiruan pula meningkatkan risiko kulit sensitif dan pori tersumbat.

“Bahan komedogenik dan minyak mineral pula menjadi punca pori tersumbat dan jerawat manakala alkohol menanggalkan lapisan kelembapan kulit dan menjadi punca kulit kering.

“Lanolin menjadi punca kerengsaan dan kesan alahan pada kulit, sementara paraben adalah punca risiko kesihatan. Semua produk kami secara dasarnya dihasilkan dengan bahan semula jadi untuk melindungi kulit agar selamat digunakan untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 November 2017 @ 12:33 PM