Kulit wajah yang cerah berseri dan bebas minyak menjadi impian semua wanita. Namun tidak mustahil impian itu boleh menjadi nyata hanya dengan sedikit olesan krim kecantikan.

Apatah lagi, dalam dunia serba moden ini pastinya wanita yang mengejar masa, baik pelajar mahu pun bekerjaya, tentu penampilan ringkas menjadi keutamaan.

Dengan hanya satu olesan, krim pencerahan Garnier Sakura White Matte Pinkish Radiance yang baru bukan saja menjimatkan masa si pemakai, malah menjanjikan seri merah jambu serta kemasan seperti berbedak yang diinginkan.

Diilhamkan daripada bunga ikonik Garnier iaitu sakura, krim pencerahan ini diperkaya dengan ekstrak bunga dari Jepun itu agar tona kulit lebih rata, berseri merah jambu, di samping memperbaiki tekstur dan meredakan kulit.

Gabungan UVA dan UVB melindungi kulit secara optimum daripada sinaran memudaratkan, serta serangan alam sekitar, sesuai untuk semua jenis kulit.

Mengandungi vitamin B3 dan CG, khasiat bahan ini mencerahkan kulit serta merta sambil menyamarkan tona dan bintik hitam, menghaluskan pori supaya kulit kelihatan lebih cerah dan berseri merah jambu. Formulasi matte menzahirkan kulit yang kelihatan bebas-minyak dengan kemasan halus seperti berbedak.

Hanya dengan satu olesan, kulit terasa terhidrat, lebih lembut dan licin. Hari demi hari, kulit kelihatan lebih halus dan cerah dengan seri merah jambu seperti bunga sakura.

Selepas membersihkan kulit dan leher, oleskan Krim Pencerahan Sakura White Matte Pinkish Radiance. Untuk hasil terbaik, manjakan kulit anda dengan produk dari rangkaian lengkap Sakura White: Sakura White Pinkish Radiance GenĀ­tle Cleansing Foam, Sakura White Pinkish Radiance Ultimate Serum, Sakura White Pinkish Radiance Sleeping Essence dan Sakura White Pinkish Radiance Intensive Whitening Mask dengan Ekstrak Sakura.

Krim Pencerahan Garnier Sakura White Matte Pinkish Radiance boleh didapati di seluruh negara dengan harga yang disyorkan RM9.40.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Ogos 2015 @ 10:53 AM