IVY (berdiri) ketika sesi sidang media.
IVY (berdiri) ketika sesi sidang media.
RANGKAIAN Sulwhasoo yang kini berada di pasaran Malaysia.
RANGKAIAN Sulwhasoo yang kini berada di pasaran Malaysia.
Oleh Faizatul Farlin Farush Khan

Sulwhasoo, jenama penjagaan kulit wajah terlaris di Korea dengan pengalaman selama lebih 10 tahun dalam produk pencerahan kulit, kini memperkenalkan rangkaian Snowise EX.

Snowise EX menampilkan rangkaian produk premium pencerahan langkah demi langkah bagi mendapatkan wajah cerah berseri.

Kini, rangkaian jenama itu turut memperkenalkan tiga lagi produk pencerahan terbaru iaitu Snowise EX Whitening Serum (30ml), Snowise EX Whitening Spot Serum (35ml) dan Snowise Whitening UV Compact (9g).

Pengarah Latihan Sulwhasoo/AmorePacific Malaysia, Ivy Gan berkata, menurut teori perubatan tradisional Korea, tubuh wanita melalui kitaran perubahan dalaman dan luaran setiap tujuh tahun.

Katanya, kedutan mula muncul pada usia 35 tahun namun kulit sudah tampak kusam dan bertukar kekuningan pada usia 28 tahun berpunca daripada penyusutan kolagen apabila proses penuaan bermula.

“Apabila molekul gula memasuki tubuh dan melekat pada serat kolagen, ia melemahkan struktur kolagen dan merosakkannya hingga bertukar warna selain menjadi kurang anjal dan berkedut,” katanya.

Rangkaian terbaru daripada Sulwhasoo membantu melawan kesan kusam, pigmentasi dan kekuningan akibat perubahan dalaman tubuh.

Formula Snowise Brightening Triplex yang terkandung dalam rangkaian produk berkenaan kaya dengan ekstrak ginseng putih Saponin, ‘White Cloud Grass’ dan polisakarida ginseng putih.

Ketiga-tiga bahan penting itu mampu melawan perubahan warna kulit yang kusam, memudarkan bintik dan warna tidak sekata, melancarkan peredaran darah, mengurangkan kemerahan kulit, membuang toksin pada sel kulit, meningkatkan keanjalan dan meningkatkan pertumbuhan semula kolagen.

Pada masa sama, rangkaian itu turut memperkenalkan bedak kompak, Snowise Whitening UV Compact, yang memiliki tekstur halus untuk membantu meliputi wajah dengan lebih menyeluruh, menutup liang roma dan menjadikan wajah lebih mulus.

Sesuai untuk cuaca panas dan kulit orang Asia, bedak berkenaan memiliki perlindungan tinggi daripada sinaran matahari untuk memastikan kulit sentiasa terpelihara.

Rangkaian daripada Sulwhasoo boleh didapati di cawangan Parkson di pusat beli-belah Pavilion KL, 1 Utama dan Gurney Plaza, Pulau Pinang.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 April 2015 @ 1:05 PM