KRIM pelindung tabir suria yang memiliki SPF dan PA tertinggi.
KRIM pelindung tabir suria yang memiliki SPF dan PA tertinggi.

Ramai yang maklum bahawa pendedahan terlalu lama kepada sinaran matahari adalah tidak elok untuk kesihatan kulit.

Ini kerana sinar matahari mengandungi sinaran ultra ungu (UV) A dan UVB berbahaya yang boleh merosakkan kulit kita.

Pendedahan secara berterusan terhadap sinaran ini menyebabkan masalah penuaan pramatang, kulit menjadi tidak anjal, kedutan dan pigmentasi.

Disebabkan itu, perlindungan dari sinar matahari amat penting terutama ketika berada di luar rumah untuk jangka masa panjang.

Begitu pun, dalam memilih krim pelindung tabir suria, anda dinasihatkan supaya berhati-hati ketika membeli kerana fungsi sebenar produk itu mungkin tidak setanding dengan apa yang diuar-uarkan.

Namun, jika memilih jenama Sunplay SPF130 yang sememangnya popular, anda tidak perlu risau kerana ia memiliki kandungan SPF tertinggi.

Krim tabir suria itu kini dinaiki taraf dari PA+++ ke PA++++ untuk memberikan tahap PA tertinggi bagi perlindungan yang lebih berkesan dan lama daripada sinar UVA berbahaya.

Sinar UVA perlu dielak kerana ia boleh menembusi jauh ke dalam lapisan kulit dan mengakibatkan munculnya tanda penuaan seperti garis halus, kedutan serta ton kulit tidak sekata.

Berdasarkan maklumat Persatuan Industri Kosmetik Jepun, PA++++ bermakna produk berkenaan memberi tahap perlindungan UVA yang tertinggi dan mampu melindungi daripada sinar UVA sebanyak 16 kali atau lebih.

Krim unik ini dirumus dengan teknologi Solarex 3-dalam-1 baru untuk memberikan anda perlindungan matahari yang terunggul.

Selain itu, ia turut mengandungi tujuh jenis penapis UV foto stabil yang tidak mudah terlerai, ramuan anti penuaan, anti kekeringan dan penghidratan.

Kandungan asid hialuronik di dalamnya dapat membantu mengekalkan kelembapan untuk memastikan kulit kekal lembut semula jadi.

Formulasi unik krim ini mudah meresap ke dalam kulit bagi memastikan ia kekal kering tanpa kesan berminyak dan teksturnya juga sangat ringan.

Krim yang dirumus khas untuk kulit penduduk Asia itu boleh didapati di semua farmasi dan pasar raya utama di seluruh negara pada harga RM39.90.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Disember 2014 @ 5:03 AM