FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
AFP

Barcelona: Polis Sepanyol menyiasat kes wanita yang disyaki menjadi mangsa suntikan picagari di sebuah kelab di sini.

Ia berikutan adanya laporan insiden serupa di Britain dan Perancis.

Serangan dilaporkan kepada polis juga tular media sosial, sejak beberapa minggu lalu.

Ia mencetuskan kebimbangan bahawa pelaku atau pemangsa seksual mungkin memasukkan 'sesuatu' dalam minuman wanita.

Bagaimanapun, tiada kesan dadah atau produk toksik lain ditemukan mahupun kes keganasan seksual berkaitan dilaporkan.

Sejak beberapa minggu lalu, polis mendaftarkan 23 kes sama di Catalonia, kebanyakannya di bandar pelancongan Lloret de Mar dan di Barcelona, ​​dan 12 di Basque Country.

Menurut fakta kes, mangsa iaitu wanita muda ke sebuah pesta sebelum berasa dicucuk dengan picagari di lengan atau kaki.

Akibatnya, wanita itu menjadi pening atau mengantuk, kata polis Basque Country.

Polis meminta mereka yang menjadi mangsa untuk ke pusat kesihatan secepat mungkin dan melaporkan kejadian itu.

Kes "pancutan jarum" dilaporkan di Britain pada 2021 dan di Perancis tahun ini.

Sepanyol mencatatkan serangan pertamanya pada awal Julai .

Ia berlaku ketika berlangsungnya festival larian lembu Pamplona.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Ogos 2022 @ 10:54 AM