JERRY Lee Lewis. FOTO fail Reuters
JERRY Lee Lewis. FOTO fail Reuters
BERNAMA

Washington: Penyanyi dan penulis lagu terkenal Amerika Syarikat, Jerry Lee Lewis meninggal dunia pada usia 87 tahun, Sputnik memetik laporan CNN pada Jumaat.

Pemuzik lagenda itu meninggal dunia di rumahnya di Mississippi, kata laporan itu yang memetik wakil Lewis Zach Farnum.

Isteri Lewis berada bersama pada saat kematiannya, tambah laporan itu.

Lewis dilahirkan pada 1938 di Louisiana dan memulakan kerjaya muziknya pada usia 18 tahun.

Beliau antara pemuzik paling berpengaruh pada abad ke-20.

Beliau menerima empat anugerah Grammy, termasuk Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Grammy dan dua Anugerah Grammy Hall of Fame.

Pada 1986, Lewis disenaraikan dalam penghormatan Rock and Roll Hall of Fame.

Beliau juga ahli Dewan Kemasyhuran Muzik Memphis. Pada 2022, Lewis disenarai dalam Dewan Kemasyhuran Muzik Country.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Oktober 2022 @ 12:59 PM