Agensi

Houston: Dua penumpang maut dalam kemalangan membabitkan kereta Tesla Model S tanpa pemandu di Texas, Amerika Syarikat (AS), kata polis pada Sabtu.

Nahas itu meragut nyawa penumpang yang duduk di tempat duduk hadapan dan belakang menurut Konstabel Mark Herman, Ketua Polis Harris Country.

"Berdasarkan siasatan yang dijalankan, kereta terbabit bergerak tanpa pemandu ketika kejadian," katanya kepada CNN.

Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk dalam Twitter memaklumkan kereta berkenaan memiliki sistem pemanduan automatik.

Namun berdasarkan log rekod, sistem itu tidak digunakan ketika pemanduan sebelum kemalangan.

Beliau bagaimanapun tidak memberikan maklumat lanjut.

Namun, memaklumkan sistem Pemanduan Sendiri Sepenuhnya (FSD) yang lebih moden ditawarkan untuk model Tesla tetapi tidak dibeli pada kereta yang terbabit dalam kemalangan ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 April 2021 @ 11:20 AM