GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Agensi

Washington: Seorang lelaki ditemui lemas ketika mencari bola golf di dalam kolam di padang golf di Florida, kata pihak berkuasa.

Hermilo Jazmines, 74, ditemui pasukan penyelam pada Ahad di dalam kolam Kelab Golf Oldsmar, menurut Pejabat Polis Pinellas Country.

Polis berkata, warga emas itu dilihat kali terakhir pada jam 7.30 pagi ketika bersama rakannya bermain golf.

Saksi memaklumkan pihak berkuasa, mangsa hilang selepas mencari bola golf di lubang ketiga.

Operasi mencari mangsa dijalankan selepas maklumat diterima mengenai kehilangannya.

Kereta buggy yang digunakan lelaki itu ditemui di padang manakala kayu golf diletakkan berhampiran kolam, kata pihak berkuasa.

Pegawai penyiasat berkata, pihaknya percaya Jazmines terjatuh ke dalam kolam dan lemas.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Mac 2021 @ 6:30 AM