GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO NSTP
GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO NSTP

Jerusalem: Israel menawarkan dos ketiga vaksin Covid-19 kepada individu berusia 60 tahun ke atas, sekali gus muncul antara negara pertama memberi suntikan 'penggalak' di dunia, kata Perdana Menteri, Naftali Bennett, semalam.

Bennett berkata, suntikan itu akan mula diberikan Ahad ini sebagai sebahagian 'kempen vaksinasi pelengkap' bagi individu berusia 60 tahun ke atas yang menerima imunisasi lengkap lebih lima bulan lalu, berikutan kebimbangan terhadap penularan varian Delta.

"Saya meminta semua warga emas yang sudah divaksin supaya mendapatkan dos tambahan ini. Lindungi diri anda," katanya.

Kira-kira 55 peratus daripada sembilan juta penduduk Israel menerima dua dos vaksin, kebanyakannya Pfizer-BioNTech, selepas melancarkan kempen imunisasi besar-besaran pada Disember lalu.

Bennett berkata, Israel sudah memberi dos ketiga kepada 2,000 individu, tanpa kesan sampingan yang teruk.

"Sekarang, kita melancarkan kempen dos ketiga pada peringkat kebangsaan," katanya.

Presiden Israel, Isaac Herzog, dijadualkan menerima suntikan dos 'penggalak' pada pagi tadi.

Israel merekodkan lebih 1,400 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu.

Lebih 15,00 0 kes aktif dilaporkan di negara itu dengan 151 individu menerima rawatan berikutan jangkitan terusk, lapor Kementerian Kesihatan negara itu.

"(Suntikan) Dos ketiga boleh menyelematkan nyawa," katanya Menteri Kesihatan, Nitzan Horowitz.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 Julai 2021 @ 4:24 PM