FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
AFP

Tel Aviv: Israel bersedia melanjutkan jaminan kewangan bagi syarikat penerbangannya untuk terbang ke Rusia ketika banyak syarikat penerbangan Barat memboikot negara itu susulan pencerobohannya ke atas Ukraine.

Sumber kementerian kewangan Israel memberitahu AFP, pihaknya berusaha melanjutkan jaminan yang dilaksanakan minggu lalu kepada syarikat penerbangan yang tidak layak untuk insurans tetap kerana sekatan semasa, lapor AFP.

Jaminan AS$2 bilion (kira-kira RM8.37 bilion) tamat tempoh pada 9 Mac ini.

Kesatuan Eropah, Kanada dan Amerika Syarikat menggantung penerbangan ke Rusia dan menutup ruang udara kepada pesawat Rusia sebagai sebahagian daripada sekatan.

Penerbangan sambungan masih dibuka dari negara lain ke dan dari Rusia, termasuk Turki, Qatar dan Emiriah Arab Bersatu.

Perdana Menteri Israel Naftali Bennett tidak menyertai sekatan itu kerana dia cuba mengimbangi hubungan mesra antara kedua-duanya.

Bennett terbang ke Moscow pada Sabtu, dalam usaha menjadi pengantara antara Presiden Rusia Vladimir Putin dan rakan sejawatannya dari Ukraine Volodymyr Zelensky.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Mac 2022 @ 9:51 AM