JURURAWAT di sebuah hospital dekat Tel Aviv menyediakan suntikan vaksin Covid-19. FOTO AFP
JURURAWAT di sebuah hospital dekat Tel Aviv menyediakan suntikan vaksin Covid-19. FOTO AFP
AFP

Baitulmaqdis: Sebuah hospital di Israel melancarkan ujian klinikal, pada Isnin, mengenai kesan suntikan keempat vaksin Pfizer-BioNTech.

Ia dilakukan selepas kementerian kesihatan mempertimbangkan pelancaran suntikan keempat kebangsaan.

Kajian dijalankan oleh Pusat Perubatan Sheba membabitkan 150 sukarelawan daripada kakitangan hospital yang sudah empat bulan menerima suntikan vaksin ketiga dan mempunyai tanda antibodi yang semakin berkurangan.

Pengarah Unit Epidemiologi Penyakit Berjangkit di Sheba, Gili Regev-Ychay berkata, kajian itu akan menilai potensi rangsangan antibodi daripada suntikan keempat, kewujudan kesan buruk dan mengenal pasti sama ada dos penggalak tambahan mengurangkan risiko jangkitan.

Katanya, peserta akan dipantau selama enam bulan.

Jurucakap kementerian kesihatan Israel Gal Rotem Golan memberitahu kementerian meluluskan percubaan untuk menyemak keberkesanan suntikan keempat.

Pelancaran kajian itu dibuat ketika Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Nachman Ash mempertimbangkan cadangan panel pakar Israel untuk mula memberikan suntikan vaksin keempat kepada kakitangan perubatan dan semua orang yang berumur 60 tahun ke atas.

Perdana Menteri, Naftali Bennett berkata, Israel adalah yang pertama di dunia menawarkan dos ketiga kepada masyarakat umum akan menjadi perintis bagi dos keempat.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Disember 2021 @ 9:37 AM