Ruhainies (kiri); Sarah Yasmine (kanan).
Ruhainies (kiri); Sarah Yasmine (kanan).

Kuala Lumpur : Wanita Singapura yang mendakwa kekasih kepada Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine, menolak untuk berhubung dengan pelakon, Ruhainies dan turut memaklumkan bahawa sudah menyekat (block) pelakon itu di WhatsApp. 

Dalam hantaran di Instagram Story, Sarah juga memaklumkan bahawa dia sudah memberi peluang kepada Ruhainies, namun pelakon itu terus-menerus menipunya. 

"Saya sekat awak di WhatsApp sebab saya tak nak bercakap dengan awak lagi. Jadi, sila faham. 

"'Let's be happy and be truthful to each other' (Marilah kita berbahagia dan jujur kepada satu sama lain).

"Saya dah beri awak peluang untuk jujur kepada saya, dua kali dan awak tipu saya. Apa buat awak terfikir yang saya akan percayakan awak sekarang?" tulisnya. 

Ini sekali gus menjawab kepada 'jemputan' Ruhainies untuk berdamai yang sebelum ini dimuat naik pelakon itu di Instagram. 

"Jadi, kenyataan (jawapan) terbuka saya yang menjawab permohonan maaf yang awak buat secara terbuka adalah, tidak," katanya. 

Terdahulu pada awal pagi tadi, Ruhainies memuat naik kenyataan permohonan maaf kepada Bella Astillah atas apa yang berlaku dan menyatakan hasrat untuk bertemu Bella dan Sarah. 

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 April 2024 @ 2:16 PM