GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
AFP

Baitulmaqdis: Israel meluluskan pemberian dos keempat vaksin Covid-19 kepada individu berusia lebih 60 tahun dan pekerja kesihatan di tengah penularan varian Omicron.

Perdana Menteri Naftali Bennett berkata, Kementerian Kesihatan meluluskan suntikan penggalak untuk orang berusia lebih 60 tahun dan pekerja kesihatan.

"Gelombang Omicron sudah tiba dan kita mesti melindungi diri kita sendiri," kata Bennett pada sidang akhbar, padaAhad.

Israel pada Khamis membenarkan vaksin keempat itu untuk mereka yang mempunyai imuniti lemah dan menjadi salah satu negara pertama yang berbuat demikian.

Pihak berkuasa pada Ahad juga melaporkan 4,206 jangkitan Covid-19 baharu dalam tempoh 24 jam lalu dengan peningkatan 195 peratus sepanjang minggu lalu.

Bennett memberi amaran kes boleh meningkat kepada sekitar "50,000 kes sehari tidak lama lagi", menggesa semua orang dewasa dan kanak-kanak untuk mendapatkan vaksin.

Lebih empat juta orang daripada 9.2 juta penduduk Israel menerima tiga suntikan vaksin Covid-19.

Sejumlah hampir 1.4 juta kes jangkitan Covid-19 termasuk 8,244 kematian direkodkan di Israel.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 January 2022 @ 9:40 AM