AKSI De Bruyne melakukan tandukan terbang untuk gol pertama City.
AKSI De Bruyne melakukan tandukan terbang untuk gol pertama City.
Reuters

London: Phil Foden menunjukkan dia dapat memainkan peranan lebih cemerlang di bahagian tengah berbanding sayap Manchester City, menurut Kevin De Bruyne selepas kemenangan 4-0 di Brighton & Hove Albion awal pagi tadi.

De Bruyne membuka tirai jaringan pada minit ke-17, Foden meledak dua gol sebelum rehat dan Julian Alvarez menambah gol keempat di babak kedua bagi membolehkan City hanya ketinggalan satu mata di belakang Arsenal tetapi berkelebihan satu perlawanan dalam tangan.

Foden menjaringkan 24 gol untuk City dalam semua kejohanan musim ini dan kerap digunakan di bahagian tengah oleh jurulatih Pep Gruadiola, terutamanya ketika ketiadaan penjaring terbanyak Erling Haaland.

"Phil kini semakin dipercayai untuk beraksi di bahagian tengah. Malah hari ini kami tidak bermain dengan sayap, kami berdua lebih di bahagian tengah dan kadang-kadang di bahagian sayap," kata De Bruyne.

Foden, 23, pula berkata peranan di bahagian tengah sangat sesuai dengannya.

"Saya selalu berkata, saya melihat diri saya di bahagian itu. Tahun ini saya lebih ke dalam dan membantu pasukan. Ia tempat di mana saya mahu mencipta peluang dan menjaringkan gol."

City akan berkunjung ke Nottingham Forest pada Ahad ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 April 2024 @ 2:32 PM