TRANSFORMASI Remy yang sudah membelanjakan puluhan ribu untuk membuat tatu pada badannya. FOTO Agensi
TRANSFORMASI Remy yang sudah membelanjakan puluhan ribu untuk membuat tatu pada badannya. FOTO Agensi
Agensi

Ottawa: Gara-gara terlalu obses, seorang lelaki di Kanada sanggup menghabiskan lebih 1,200 jam dan puluhan ribu pound sterling untuk membuat tatu pada badannya.

Daily Star melaporkan, lelaki yang juga bapa itu kini kelihatan seolah-olah memakai 'sut badan ketiga' dan dalam proses membuat tatu yang belum pernah dilihat sebelum ini.

Dia sangat menyukai tatu sehingga sentiasa melakukannya tanpa menunjukkan tanda untuk berhenti.

Menerusi perkongsian terbaru di Instagram (IG) yang mempunyai 209,000 pengikut, Remy menunjukkan kemunculannya pada awal usia 20-an dengan tatu pada badannya.

"Apa yang kelihatan seperti penghujungnya hanyalah permulaan perjalanan yang lebih panjang. Bagi saya ia bukan satu pecutan tetapi maraton dan kerja cinta.

"Sekiranya saya hidup untuk menjadi sangat tua, saya akan mempunyai banyak kenangan indah mengenai semua langkah di sepanjang jalan yang menjadikan siapa saya," katanya.

Remy membelanjakan lebih 75,000 Pound Sterling (kira-kira RM411,184)

untuk tatunya dan dia sebelum ini mendedahkan bahawa bahagian perutnya adalah yang paling menyakitkan.

Bekas chef itu membelanjakan banyak wang untuk transformasinya yang turut membabitkan tindikan dan barang kemas di badannya.

"Sejak saya mula membuat tatu, saya sudah membelanjakan kira-kira 70,000 (kira-kira RM383,771) hingga 75,000 Pound Sterling (kira-kira RM411,184).

"Tetapi jika termasuk tindikan dan barang kemas, jumlahnya lebih daripada 87,000 Pound Sterling (kira-kira RM476,974), " katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 April 2023 @ 2:15 PM