VAKSIN Coronavac. FOTO AFP
VAKSIN Coronavac. FOTO AFP
Agensi

Rio de Janeiro: Vaksin Coronavac buatan China berkesan dalam melawan dua strain baharu koronavirus yang dikesan di Brazil.

Ia dinyatakan oleh pusat kajian biologi Brazil, Institut Butantan yang bekerjasama membangunkan vaksin berkenaan.

"Data yang ada menunjukkan vaksin Covid-19 dihasilkan dapat menyingkirkan P.1 (daripada wilayah Amazon) dan P.2 (strain dari Rio De Janeiro," katanya seperti dilaporkan oleh agensi berita Sputnik.

Penularan strain baharu menjadikan 2,286 kematian direkodkan di negara Amerika Selatan itu, dalam tempoh 24 jam.

Secara keseluruhan, Brazil merekodkan lebih 11.2 juta kes positif Covid-19, setakat ini, dengan lebih 270,000 kematian.

Universiti John Hopkins mendedahkan lebih 117.98 juta individu dijangkiti Covid-19 di seluruh dunia.

Lebih 2.61 juta kematian direkodkan sejak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan Covid-29 sebagai pandemik pada 11 Mac tahun lalu.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Mac 2021 @ 5:00 PM