KUALA LUMPUR 27 NOVEMBER 2020. Gambar Hiasan penyelidikan tentang vaksin. NSTP/HASRIYASYAH SABUDIN
KUALA LUMPUR 27 NOVEMBER 2020. Gambar Hiasan penyelidikan tentang vaksin. NSTP/HASRIYASYAH SABUDIN
AFP

Rio de Janeiro: Pekerja seks di bandar Belo Horizonte di selatan Brazil menyertai mogok selama seminggu, menuntut supaya mereka dimasukkan dalam kategori petugas barisan hadapan untuk keutamaan menerima vaksin Covid-19.

Ribuan pekerja seks di bandar berkenaan yang terjejas akibat penutupan hotel kini terpaksa mencari pelanggan di jalanan.

"Kami barisan hadapan, menggerakkan ekonomi dan kami terdedah kepada risiko," kata Cida Vieira, presiden kepada persatuan pekerja seks di negeri Minas Gerais.

"Kami perlu menerima suntikan vaksin".

Kerajaan mengutamakan petugas kesihatan, guru, golongan tua, orang asli dan mereka yang mempunyai masalah kesihatan untuk menerima suntikan vaksin.

Negara itu menyasarkan untuk memberi vaksin kepada individu dalam kumpulan ini, atau kira-kira 77 juta orang, pada separuh pertama 2021.

Bagaimanapun, pakar memberi amaran usaha itu akan berlanjutan sehingga September kerana kekurangan bekalan vaksin.

Setakat ini, Brazil merekodkan 332,000 kematian akibat Covid-19, kedua tertinggi selepas Amerika Syarikat.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 April 2021 @ 9:50 AM