POZO terpaksa berpaut pada tiang lampu selama beberapa minit sebelum diselamatkan. FOTO Daily Mail
POZO terpaksa berpaut pada tiang lampu selama beberapa minit sebelum diselamatkan. FOTO Daily Mail
Agensi

MADRID: Percubaan seorang penerjun membawa bendera Sepanyol mendarat dengan sempurna di hadapan Raja dan Permaisuri negara itu pada perarakan Hari Hispanik semalam gagal apabila payung terjunnya tersangkut pada tiang lampu.

Veteran tentera Koporal Luis Fernando Pozo terpaksa berpaut pada tiang lampu selama beberapa minit sebelum diselamatkan.

Acara itu berlangsung di Paseo de la Castellana, Madrid dan kejadian terbabit turut disiarkan secara langsung di televisyen.

Siaran televisyen memaparkan Raja Felipe VI yang berpakaian seragam tentera lengkap menyaksikan pertunjukan itu bersama Permaisuri Letiziaat dan dua anak mereka, Puteri Leonor dan Puteri Sofia.

Pozo yang sudah melakukan lebih 600 terjunan dilihat meluncur ke arah tanah tanpa sebarang masalah, lapor Daily Mail.

Namun, ketika hendak mendarat, payung terjun veteran itu tiba-tiba tersangkut pada tiang lampu.

Insiden terbabit dikatakan berpunca akibat tiupan angin kuat dan Pozo dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Hari Hispanik adalah cuti umum Sepanyol bagi memperingati Christopher Columbus menjejak kaki ke Amerika pada 1492.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 Oktober 2019 @ 9:07 PM