Kuala Lumpur: Anggota polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Dang Wangi maut selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya dekat Hotel Furama, Jalan Pudu, 4.15 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, ketika kejadian Sarjan P Govindadamy terbunuh apabila motosikalnya terbabas dan melanggar tiang lampu.

Katanya, mangsa maut di lokasi kejadian.

“Kita masih menunggu laporan bedah siasat untuk mengetahui punca kematian mangsa," katanya.

Mayat mendiang akan dibawa balik ke perumahan Polis Taman Desa Tasik Sungai Besi selepas selesai dibedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Disember 2014 @ 4:01 PM