XU diikat pada tiang lampu.
XU diikat pada tiang lampu.
Agensi

Beijing: Orang ramai dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki diikat pada tiang lampu di tengah jalan sibuk di bandar Ningbo, timur China, sebagai hukuman oleh ayah remaja perempuan yang sering diganggunya.

Lelaki itu dikenali sebagai Xu, 51, didakwa mengekor gadis terbabit sebelum dan selepas waktu sekolah selama seminggu sebelum dihidu ayah remaja terbabit, lapor People’s Daily Online.

Ayah terbabit kemudian mengekori anaknya ke sekolah dan berjaya menangkap Xu pada 23 Oktober lalu.

Apabila disoal, Xu mendakwa mahu menjadikan gadis terbabit sebagai anaknya menyebabkan si ayah berang lalu menamparnya beberapa kali dan mengikatnya pada tiang lampu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Oktober 2015 @ 7:05 AM