Oleh Rudy Syareme Sheriffudin


Georgetown: Empat lelaki nyaris maut selepas kenderaan dinaiki terbabas dan melanggar tiang lampu di hadapan Kompleks Sukan Batu Uban, Jalan Sultan Azlan Shah, Gelugor, 1.20 petang tadi.

Ketika kejadian kesemua mangsa berusia 20-an dalam perjalanan ke kompleks sukan terbabit.

Namun, ketika sampai di lokasi kejadian kereta berkenaan hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar tiang lampu.

Jurucakap Bomba berkata, dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat bergegas ke lokasi kemalangan sejurus mendapat maklumat.

Kemalangan dipercayai berpunca akibat jalan licin berikutan hujan.

"Kesemua mangsa tidak mengalami kecederaan parah," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 Disember 2014 @ 3:22 PM