Antara petikan dalam video dimuat naik Brooke di YouTube.
Antara petikan dalam video dimuat naik Brooke di YouTube.
Petikan video Brooke menunjukkan dia dan bapanya menggunakan iPhone X yang dijangka mula dijual 3 November ini.
Petikan video Brooke menunjukkan dia dan bapanya menggunakan iPhone X yang dijangka mula dijual 3 November ini.
Agensi

APPLE memecat seorang juruteranya selepas anak perempuan jurutera berkenaan menyiarkan di YouTube, video iPhone X yang dirakamnya ketika mengunjungi tempat kerja bapanya ibu pejabat di Apple

Rabu lalu, Brooke Amelia Peterson menyiarkan video iPhone X itu yang didakwanya dirakam ketika mengunjungi bapanya di Ibu Pejabat Apple di Cupertino,California. Rakaman itu dibuat di Caffe Macs, kafeteria dalam ibu pejabat berkenaan.

Video itu yang kini sudah dipadamnya atas permintaan Apple, menunjukkan bapanya menggunakan iPhone x untuk membayar makan tengah hari mereka secara automatik sebelum membenarkan Brooke menggunakan telefon itu.

Bapanya dilihat menyedari anaknya merakam ketika dia mengaktifkan pusat kawalan dan melihat fungsi telefon berkenaan.

“Ayah ada iPhone X baru. Lihat, besarnya skrin... anda cuma perlu ‘menyapu’ untuk kembali ke paparan utama,” kata Brooke dalam video itu.

Mereka juga bermain dengan animoji, emoji animasi Apple yang menggambarkan ekspressi pengguna dengan bapanya memegang telefon itu untuknya.

Video itu turut menunjukkan butang sisi dan bahagian kelabu di belakang telefon.

iPhone X berharga $999 (RM4,233.26) ditampilkan dengan paparan dari tepi ke tepi, pengenalan muka (Face ID) bagi membuka kunci telefon tanpa perlu cap jari atau butang ‘home’.

Telefon itu yang mula dijual 3 November ini, dengan paparan 5.8 inci dua juta piksel tanpa butang ‘home’.

Namun, Sabtu lalu, Brooke menyiarkan video baru, memohon orang ramai supaya tidak mensasarkan bapanya yang kini kehilangan pekerjaan.

“Benci saya jika anda mahu tapi tolong jangan benci ayah saya kerana dia yang terbaik.

“Bila anda bekerja dengan Apple, sebagus mana pun anda, jika melakukan kesalahan, anda perlu pergi.

“Saya tidak marah dengan Apple, saya tidak akan berhenti membeli produk Apple. Bapa saya mengambil tanggungjawab sepenuhnya bagi kesalahan dilakukannya,” katanya. - Daily Mail

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 Oktober 2017 @ 5:45 PM