KEMUDAHAN mewah disediakan di Rumah Kelab Rimbayu.
KEMUDAHAN mewah disediakan di Rumah Kelab Rimbayu.
Nurul Husna Mahmud

Bandar Rimbayu, Telok Panglima Garang, Selangor yang sudah masuk fasa ke-11 dalam projek pembangunannya, menerima dua anugerah berprestij iaitu Pemenang Emas Dunia dalam kategori Pelan Induk Anugerah Fiabchi World Prix d’Excellence 2017 dan Anugerah PAM 2017 dalam kategori Perancangan & Perancangan Induk.

Dibangunkan IJM Land Berhad, pembangunan pelbagai fasiliti infrastruktur komuniti dan kediaman untuk semua golongan menerusi projek fasa terbaru itu turut memberikan keselesaan kepada penghuninya.

Menurut Pengurus Besar Kanan Bandar Rimbayu Chai Kian Soon, pihaknya terus komited mewujudkan persekitaran yang selesa kepada komuniti termasuk memberi sokongan terhadap dasar kerajaan berkenaan pemilikan rumah mampu milik.

“Sebalik pembinaan bangunan komersial, kami tidak lupa keperluan golongan berpendapatan rendah menerusi inisiatif Halaman 11 iaitu projek di bawah pelaksanaan program Rumah Selangorku.

“Pembinaan bangunan apartmen tiga bilik tidur dan dua bilik air bakal ditawarkan kepada dua kategori pendapatan isi rumah iaitu pemilik berpendapatan bulanan di bawah RM3,000 dan mereka berpendapatan RM3,000 hingga RM10,000.

“Selain memfokuskan kediaman buat golongan berpendapatan rendah dan sederhana, mereka yang berkemampuan boleh memiliki kediaman mewah yang dilengkapi teknologi rumah pintar,” katanya.

SUASANA mendamaikan di persekitaran Bandar Rimbayu.
SUASANA mendamaikan di persekitaran Bandar Rimbayu.

Tidak lupa elemen penting iaitu mewujudkan persekitaran mesra komuniti dalam setiap pembinaan bandar baru, kata Chai, Rumah Kelab Rimbayu dijangka bakal memenuhi keperluan itu.

“Penekanan aspek lain termasuk pendidikan, gaya hidup sihat dan nilai perpaduan diterapkan dalam setiap pelan pembangunan bandar baru ini.

“Pada masa sama kami turut menawarkan pilihan untuk mereka mencari institusi pendidikan berasaskan kokurikulum antarabangsa untuk anak menerusi Sekolah Antarabangsa Oasis sudah siap dibina dan bakal beroperasi Ogos ini,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Julai 2018 @ 11:49 AM