BANDAR Rimbayu perbandaran bersepadu yang komprehensif dan lestari.
BANDAR Rimbayu perbandaran bersepadu yang komprehensif dan lestari.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


SAMBUTAN menggalakkan terhadap pembangunan rancak yang sedang dimajukan seperti Starling, Robin, dan Uptown @ Rimbayu, Bandar Rimbayu mendorong pemaju terkemuka IJM Land melancarkan Uptown Square.

Sinonim dengan pelbagai konsep pembangunan syarikat pemaju itu, Uptown Square memiliki karakter pembangunan yang dirancang dengan teliti.

Ia memberi penekanan kepada tahap baharu menerusi pelan tapak yang merangkumi ruang serba guna dan taman mini bagi memberikan komuniti kejiranan pelbagai pilihan untuk menggunakan kawasan awam.

Selain itu, ia juga memiliki pelbagai fungsi termasuk ruang bersukan seperti untuk bola keranjang, pasar lambak, pasar malam, tempat pameran atau tapak meraikan pelbagai perayaan.

Memandangkan persekitarannya yang berdekatan dengan pusat komersial dan perumahan di Shah Alam serta Kota Kemuning, Selangor perbandaran baharu itu juga menjadi lokasi tumpuan pengunjung dan penduduk.

Malah, Bandar Rimbayu juga menjadi lokasi strategik dengan memiliki akses kepada empat pintu masuk dan keluar utama termasuk Lebuhraya Shah Alam (Kesas), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA), Lebuhraya Lingkaran Tengah (Elite), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan Lebuhraya Pantai Barat (WCE) yang dijangka siap pada 2024.

Menjadi sebahagian daripada Hab Perniagaan Rimbayu, Uptown Square dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM308 juta menawarkan keseluruhan 119 unit dengan saiz dari 3,300 hingga 7,539 kaki persegi.

Pelan unit yang ditawarkan itu dibahagikan kepada dua dan tiga tingkat dengan setiap unit tampil menerusi susun atur praktikal.

UPTOWN Square memiliki karakter pembangunan yang dirancang dengan teliti.
UPTOWN Square memiliki karakter pembangunan yang dirancang dengan teliti.

Lebih menarik, pembangunan baharu itu turut memiliki beberapa pintu masuk dan keluar unik yang diatur secara bersesuaian dengan tempat letak kereta.

Susun atur komersialnya terutama unit dengan beranda pula menawarkan kawasan lebih luas untuk persediaan perniagaan yang lebih baik.

Menurut Pengurus Besar Kanan Bandar Rimbayu, Chai Kian Soon pelabur dan pemilik perniagaan di kawasan perbandaran itu tidak hanya memiliki premis perniagaan semata-mata.

Tetapi, keseluruhan ekosistem perniagaan yang dapat memacu kemajuan dan kejayaan mereka.

"Ia menjadi faktor penting mengapa Bandar Rimbayu, perbandaran bersepadu yang komprehensif dan lestari menjadi pilihan ramai," katanya.

Untuk rekod, Hab Perniagaan Rimbayu direka bagi populasi penduduk yang besar dan ia bersedia untuk menjadi hab perniagaan disegani menerusi penawaran pelbagai segmen perniagaan seperti makanan dan minuman, hotel dan institusi, pusat beli-belah berkediaman, pusat sukan, bilik pameran serta pejabat korporat.

PENGARAH Urusan IJM Land Berhad, Datuk Edward Chong (kanan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif J&T Express Malaysia, Roy Zheng.
PENGARAH Urusan IJM Land Berhad, Datuk Edward Chong (kanan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif J&T Express Malaysia, Roy Zheng.

Dengan potensi besar sebagai pusat komersial dan hab gaya hidup, jangkaan populasi berjumlah 100,000 penduduk dalam tempoh lima tahun akan datang, ia diramal bakal mewujudkan komuniti yang bertenaga serta gaya hidup sibuk di kawasan perbandaran berkenaan.

Ia sekali gus menjadi destinasi yang sempurna untuk tujuan pelaburan pada tahun mendatang.

Pemilik perniagaan pula boleh menaruh keyakinan dengan peluang pulangan tinggi ke atas pelaburan dan manfaat modal, disokong kewujudan pusat komersial sedia ada yang berpotensi tinggi.

Keunggulan kawasan perbandaran itu diserlahkan lagi dengan hadirnya Pusat Logistik dan Pengedaran sebuah syarikat penghantaran dengan pelaburan berjumlah RM600 juta.

Unit komersial serba dinamik dengan menawarkan pelbagai faedah juga bakal memberi keselesaan kepada keluarga dan tetamu yang tinggal atau melawat kawasan berkenaan.

Dari aspek kelestarian, projek itu juga memberi penekanan kepada kehidupan lestari dengan menggabungkan elemen mesra alam yang menggalakkan penggunaan sumber tenaga semula jadi.

Pemilik perniagaan juga boleh memainkan peranan aktif dalam mengurangkan jejak karbon, sementara menikmati manfaat bil elektrik yang jauh lebih rendah.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Julai 2022 @ 6:12 AM