HO
HO
Shopee

SHOPEE menjalin kerjasama dengan jenama dan peruncit bagi menawarkan akses sehenti kepada rakyat Malaysia menerusi kempen 3.3 Mega Sale bermula 4 Februari hingga 3 Mac depan.

Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho berkata, pihaknya memahami cabaran dihadapi oleh rakan runcit dan ingin memanfaatkan platform Shopee untuk menghubungkan mereka dengan pembeli.

“Penjual dan jenama mampu menjangkau pelanggan dengan lebih baik dan pembeli dapat menikmati akses mudah kepada barangan yang mereka perlukan.

“Kebanyakan peruncit kami dalam sektor perkhidmatan juga menyatakan kebimbangan kerana jumlah pelanggan yang mengunjungi kedai mereka menurun antara 15 hingga 30 peratus.

“Kami komited membantu mereka dalam apa jua cara untuk memastikan kelestarian perniagaan mereka,” katanya menerusi satu kenyataan.

Menurutnya, satu inisiatif adalah tawaran luar talian di Shopee yang kini mempunyai lebih 110 peruncit, menawarkan baucar dengan diskaun yang menarik sehingga 50 peratus.

Proses penebusan ini menggalakkan dan bakal menarik orang ramai untuk menjamu selera atau mengunjungi tempat berkenaan seterusnya membawa masuk pelanggan ke kedai rakan runcit Shopee.

Sempena kempen yang diadakan juga, harga produk dijangka diturunkan sehingga 50 peratus.

“Kami bekerjasama dengan rakan runcit kami untuk mengenal pasti bahagian pertumbuhan baharu.

“Usaha kami terbukti membantu kerana kebanyakan peruncit kami mencatatkan peningkatan jualan dan jumlah pengguna sejak usaha ini dilaksanakan.

“Kami berharap dapat meneruskan momentum ini dengan kempen 3.3 Mega Sale kami,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Februari 2020 @ 9:24 AM