MARIANNE (kiri) bersama Ketua Perniagaan Shopee Malaysia, Zed Li pada pelancaran kempen Raya Bersama Shopee, semalam. FOTO Mahzir Mat Isa
MARIANNE (kiri) bersama Ketua Perniagaan Shopee Malaysia, Zed Li pada pelancaran kempen Raya Bersama Shopee, semalam. FOTO Mahzir Mat Isa
Syarifah Dayana Syed Bakri


KUALA LUMPUR: Shopee melancarkan jualan istimewa sempena sambutan Aidilfitri melalui Kempen Raya Dengan Shopee dengan diskaun sehingga 80 peratus.

Ketua Pemasaran Shopee Malaysia, Marianne Chuo berkata, kempen yang berlangsung mulai semalam hingga 6 Jun nanti menawarkan lebih enam juta produk daripada 450,000 penjual.

“Berdasarkan trend yang direkodkan pada musim perayaan sebelum ini, pelanggan gemar membuat pembelian awal.

“Maka, kami bersedia memberikan perkhidmatan terbaik dengan barisan produk yang memenuhi kehendak pelanggan,” katanya pada majlis pelancaran kempen itu di sini, semalam.

Menurutnya, istimewanya kali ini, Shopee menawarkan 200 peratus pulangan tunai setiap hari dengan jumlahnya ditingkatkan setiap Isnin pada waktu tertentu.

“Kami juga mengadakan jualan mengejut dengan tawaran RM1 setiap hari dengan kekerapan sebanyak lapan kali setiap Rabu.

“Pelanggan turut berpeluang memenangi ganjaran tambahan bernilai sehingga RM5 juta melalui Goyang Shopee yang diadakan setiap Jumaat,” katanya.

Marianne berkata, pada tahun lalu, pihaknya mencatatkan nilai barangan kasar (GMV) sebanyak 2.6 kali ganda berbanding tahun sebelumnya dan mengunjurkan jumlah itu meningkat sekurang-kurangnya tiga kali ganda tahun ini.

“Malah, kami turut menjangka peningkatan pada jualan istimewa sebelum menjelang Aidilfitri yang akan berlangsung dari 21 hingga 24 Mei nanti,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 April 2019 @ 7:04 AM