GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.


KUALA LUMPUR: Peruncit perkakas rumah terbesar Malaysia, MR DIY Group (M) Sdn Bhd (MR DIY), bekerjasama dengan platform beli-belah dalam talian utama Malaysia, Shopee untuk kempen 11.11 Smashing Sale mulai sekarang hingga 14 November 2019 dengan menawarkan diskaun dan tawaran kepada rakyat Malaysia bagi lebih 300 jenis produk isi rumah.

Naib Presiden Pemasaran MR DIY, Andy Chin berkata, kempen 22 hari itu bermula dengan kempen pratergempar dan pelanggan boleh mendapatkan baucar diskaun RM6, RM10 dan RM15 dengan setiap pembelian RM55, RM75 dan RM100, masing-masing dalam troli barangan dalam talian sama.

“Pada hari sepanduk (30 Oktober), pelanggan boleh mendapatkan baucar diskaun yang besar bernilai RM9, RM13 dan RM21 dengan setiap pembelian RM55, RM75 dan RM100 dalam troli barangan sama,” katanya.

Menurutnya, pelanggan boleh menikmati baucar masa terhad 20 peratus diskaun ke atas pembelian mereka.

“Pada hari sama, MR DIY memberi payung percuma bernilai RM39.90 setiap satu kepada 100 pelanggan terawal apabila mereka berbelanja RM55 dan ke atas,” katanya.

CHIN
CHIN

Katanya, pada hari kemuncak kempen 11.11 Smashing Sale pada 11 November, pelanggan boleh berbelanja menggunakan baucar diskaun besar dan baucar masa terhad sama seperti hari sepanduk untuk mendapat lebih banyak rebat daripada pembelian mereka.

“Kami juga memberi 100 unit bekas makanan bernilai RM12.90 setiap satu kepada pelanggan untuk setiap pembelian bernilai RM55 dan ke atas.

“Kami ada 30 jenis produk bernilai lebih RM8,000 yang dijual dengan hanya RM1 dalam kempen ini,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Oktober 2019 @ 9:21 AM