Rosyahaida Abdullah


DISKAUN sehingga 90 peratus dengan harga serendah RM0.33 menanti pengguna sempena Shopee 3.3 Mega Sale yang berlangsung selama sembilan hari sehingga 3 Mac ini.

Tawaran eksklusif ini membabitkan pelbagai jenama dan peruncit popular di Shopee antaranya Nestle, Vinda, Unilever, MR DIY dan Bagstation.

Sepanjang tempoh jualan besar-besaran berlangsung, pengguna akan melalui pengalaman tema jualan yang berbeza setiap hari yang tentunya menyukarkan pengguna membuat keputusan disebabkan terlalu banyak pilihan.

Antara yang menarik, baucar 50 peratus menanti pengguna Shopee malah potongan harga sehingga 50 peratus juga tersedia sewaktu Shocking Sale.


Halaman koleksi Best Buys pula menampilkan produk daripada pelbagai kategori dengan tawaran menarik sehingga 90 peratus untuk fon telinga tanpa wayar, cadar katil, set alat memasak, pengecas mudah alih, beg tangan, kasut dan jam tangan.

Malah barangan keperluan seperti cecair pencuci, lampin bayi dan makanan ringan tidak terkecuali.

Shopee Slice pula memberi peluang pengguna untuk memenangi sebuah telefon bimbit setiap hari dengan bermain dan bersaing untuk berada di kedudukan teratas di papan pendahulu.

Bagi cabaran ini, Shopee akan mengumumkan pemenang papan pendahulu Shopee Slice pada 3 Mac dimana pemenang akan menerima Samsung Galaxy S20+.

animated


Selain itu, pengguna juga boleh memenangi baucar diskaun yang hebat melalui permainan yang menyeronokkan dan menarik seperti Shopee Throw dan Lucky Egg.

Pada ciri "Deals, Top-Ups and Bills", pelbagai tawaran luar talian atau "offline" tersedia bagi menambah keseronokan pengalaman membeli-belah dalam talian anda.

Melalui fungsi Shopee Pay, pengguna boleh melakukan pembayaran di restoran di seluruh negara seperti Cool Blog, Secret Recipe, The Alley dan banyak lagi malah jumlah rakan runcit Shopee bagi fungsi ini akan bertambah dari semasa ke semasa.


Di Tony Roma's misalnya, diskaun sehingga 41 peratus ditawarkan untuk hidangan daging tulang rusuk BBQ lembut dan stik enak yang semestinya merangsang selera anda di restoran.

Bagi mereka yang terlepas tawaran KFC pada minggu lalu, kini anda boleh menikmati diskaun sehingga 25 peratus untuk tawaran kombo terpilih.

Bukan itu saja, baucar diskaun sehingga 30 peratus juga tersedia pada buat pengguna yang ingin menikmati sesi memanjakan diri bersama rakan baik mahupun menjamah hidangan enak pencuci mulut.

Sementara Shopee Live akan membawakan anda peruncit yang memaparkan produk terbaru mereka dan memberikan tawaran menarik.

Bersama hos Shopee, pengguna akan dibawakan dengan hiburan selama 15 jam tanpa henti pada 1 Mac nanti dan countdown enam jam pada 2 Mac termasuk rancangan permainan, persembahan, jualan kilat dan edisi 3.3 Mega Sale Auction.

Menerusi platform itu, pengguna juga boleh mendapatkan berita terkini di Sembang ke Laut yang mempunyai topik perbualan yang menyeronokkan untuk hiburan anda.

Pada hari terakhir jualan iaitu 3 Mac nanti, Jualan Gempak “Shocking Sale” yang akan berlangsung pada jam 12 tengah malam, 1 pagi, 12 tengah hari, 1 petang, 8 malam dan 10 malam akan memaparkan lebih 1,000 produk untuk pengguna daripada pelbagai golongan.


Jangan lepaskan peluang untuk menyemak harga RM 0.33, RM 3.30 dan RM33.00.

Maklumat lanjut mengenai Shopee 3.3 Mega Sale boleh diketahui dengan melayari https://shopeemy.onelink.me/356033421/Shopee33HarianMetro

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Februari 2020 @ 2:55 PM