TRANSAKSI tanpa tunai semakin mendapat sambutan orang ramai.
TRANSAKSI tanpa tunai semakin mendapat sambutan orang ramai.
Sofyan Rizal Ishak

Kuala Lumpur: Orang ramai dinasihatkan lebih berdisiplin mengawal perbelanjaan masing-masing terutama ketika transaksi tanpa tunai bagi memastikan pengurusan kewangan mereka berjalan dengan lancar.

Presiden Persatuan Pengurusan Kewangan dan Harta Islam Malaysia (AIFiWM), Rohani Datuk Mohd Shahir berkata, langkah itu penting kerana jika tidak dikawal, ia menyumbang ketirisan pengurusan kewangan.

“Transaksi tanpa tunai jelas menunjukkan peningkatan berdasarkan statistik terkini Bank Negara Malaysia (BNM) pada 2017 dengan jumlah kad debit meningkat enam kali ganda.

“Situasi ini baik untuk negara cuma kewujudan pelbagai platform beli-belah atas talian dan promosi jualan agresif di media elektronik menarik lebih ramai individu melakukan transaksi pembelian tanpa tunai, sekali gus mengundang kepada risiko perbelanjaan tidak terkawal,” katanya, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 September 2018 @ 1:00 PM