MARQUEZ dua kali berjaya pintas Bagnaia. -FOTO AFP
MARQUEZ dua kali berjaya pintas Bagnaia. -FOTO AFP
Agensi

Madrid: Marc Marquez memperoleh keputusan terbaiknya sejak menyertai Ducati di MotoGP Sepanyol dengan kemenangan hampir berada dalam genggamannya selepas dua percubaan memintas Francesco Bagnaia.

Kedua-duanya hadiri pada selekoh sembilan apabila Marquez memintas Bagnaia dan pada percubaan menuju ke selekoh sepuluh.

Marquez jelas tidak mahu memberi peluang kepada Bagnaia untuk kembali di hadapan, manakala penyandang juara dunia itu juga tidak mengalah dia sebaliknya memulakan sentuhan dengan memukul bahagian tepi Marquez.

Kedua-dua pelumba terpaksa duduk dan cuba mengelak, walaupun Marquez paling berisiko terjatuh sekiranya dia tidak bertindak balas seperti yang dilakukannya.

Bercakap selepas perlumbaan, Marquez berkata: "Saya salah seorang yang mengatakan ini perlumbaan. Kadang-kadang ia boleh berlaku. Hari ini, sememangnya saya cukup bijak untuk menyerah pada masa yang betul kerana jika tidak, Pecco, atau saya, atau kami berdua akan jatuh.

"Apabila saya masuk ke selekoh sepuluh dan menerima impak pada lengan dan kaki dari roda hadapan dia; dua perkara (boleh terjadi) - bahagian belakang bermasalah atau dia akan jatuh seperti semalam.

"Saya cuba bertahan dan saya kehilangan kedudukan tetapi mendapat 20 mata.

Marquez kemudiannya membincangkan pertarungannya dengan Bagnaia dan walaupun perlanggaran mereka di Portimao mengakibatkan kedua-dua pelumba itu terjatuh, juara dunia lapan kali itu mengakui ia seronok untuk melawan juara bertahan MotoGP itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Mei 2024 @ 3:20 PM