KEUPAYAAN Marquez mampu musnahkan Ducati. -FOTO AFP
KEUPAYAAN Marquez mampu musnahkan Ducati. -FOTO AFP
Agensi

London: 'Kemampuan istimewa' Marc Marquez untuk mengatasi masalah Honda dalam memperjuangkan kejuaraan MotoGP akan mencetuskan masalah buat Ducati, kata Dani Pedrosa.

Ducati berada di puncak dunia selepas Francesco Bagnaia muncul juara dunia sejak Casey Stoner pada 2007 dan memilih Enea Bastianini untuk bersama pasukan dalam senarai pelumba bagi musim MotoGP 2023 dijangka akan memperkukuhkan lagi pasukan itu.

Marquez kurang bernasib baik dalam usahanya merebut gelaran kelas utama yang ketujuh kerana masih melalui proses pemulihan selepas menjalani pembedahan dan lebih ketara dia kini berdepan masalah menyesuaikan diri dengan jentera motosikalnya selepas menunggang prototaip 2023.

"Jika tahap fizikal Marc kembali pulih dan dia tahap pemahamannya dengan jenteranya semakin baik, dia boleh merencatkan penguasaan Ducati," kata bekas rakan sepasukan Pedrosa.

"Dia seorang yang sangat sukar diramal dan boleh melakukan perkara yang kadangkala tidak anda jangkakan. Ia adalah seseorang yang anda tidak boleh jangka apa yang dia boleh lakukan.

Marquez dan Pedrosa menghabiskan masa enam musim sebagai rakan sepasukan di Repsol Honda, tempoh masa yang cukup buat Marquez membuktikan dia seorang pelumba yang perlu ditewaskan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 January 2023 @ 1:02 PM