MEDVEDEV terbaring kesakitan ketika aksi menentang Zverev di Indian Wells. FOTO EPA
MEDVEDEV terbaring kesakitan ketika aksi menentang Zverev di Indian Wells. FOTO EPA
AFP

Indian Wells: Daniil Medvedev bangkit daripada kekalahan set pertama untuk mengalahkan Alexander Zverev 6-7 (5/7), 7-6 (7/5), 7-5 dan kemenangan 'tidak masuk akal' itu yang membawanya ke suku akhir Indian Wells buat kali pertama.

Medvedev mencatat kemenangan ke-17 berturut-turut dalam Jelajah ATP.

Bagaimanapun, kecemerlangannya yang menyaksikan dia menjulang trofi di Rotterdam, Doha dan Dubai seakan tidak mampu untuk diteruskan dalam saingan Masters 1000 di padang pasir California itu.

Pemain nombor enam dunia itu seakan kecewa dengan kecederaan buku lali kanan di permainan keenam set kedua dan terbaring beberapa minit di dalam gelanggang sebelum terhincut-hincut ke kerusinya.

Zverev, yang mengalami ligamen buku lali koyak pada Terbuka Perancis tahun lalu, memandang dengan kebimbangan, tetapi selepas kecederaan itu diperiksa dan dibalut oleh kakitangan perubatan Medvedev meneruskan aksi.

"Ia adalah kali pertama dalam hidup saya fisioterapi membalut buku lali saya, jadi saya memutuskan untuk mencubanya," kata Medvedev.

"Apa yang mengejutkan adalah saya lebih mudah untuk berlari daripada berjalan. Jadi apabila berjalan saya terhincut-hincut dan kemudian saya berlari dengan baik."

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Mac 2023 @ 9:14 AM