ALCARAZ berjaya mara ke final Indian Wells. FOTO AFP
ALCARAZ berjaya mara ke final Indian Wells. FOTO AFP
Reuters

Indian Wells: Juara bertahan, Carlos Alcaraz bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan Jannik Sinner 1-6, 6-3, 6-2 dan mara ke final Indian Wells.

Kekalahan itu bermakna rekod Sinner 16 kali mencatat kemenangan berturut-turut sebelum ini berakhir.

Dia yang juga juara Terbuka Australia, menjadi pemain terhangat dalam jelajah tahun ini dan kelihatan bersedia untuk terus mempamerkan rentak cemerlang selepas menamatkan set pembukaan dalam tempoh 34 minit.

"Saya hanya perlu kuatkan mental dan itu paling penting," kata Alcaraz selepas perlawanan.

"Saya harus berlari lebih kerap, bertahan dengan baik seperti saya lakukan di set pertama.

"Paling penting banyak memasukkan bola ke dalam gelanggang dan kekal kental."

Alcaraz akan berdepan pemenang di antara pemain Amerika Syarikat, Tommy Paul atau pilihan keempat, Daniil Medvedev.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 Mac 2024 @ 12:21 PM