AKSI Emma hari ini. FOTO USA TODAY
AKSI Emma hari ini. FOTO USA TODAY
Reuters

Indian Wells: Emma Raducanu menumpaskan pilihan ke-20 dari Poland, Magda Linette 7-6(3) 6-2 untuk mara ke pusingan ketiga Indian Wells sekali gus mencatat kemenangan terbesarnya sejak memenangi Terbuka Amerika Syarikat (AS) pada 2021.

Pemain berusia 20 tahun itu yang ketinggalan 1-4 pada set pertama mempamer aksi cemerlang untuk bangkit selepas itu.

Ia adalah kemenangan berturut-turut pertama Emma sejak September lalu dan memberi petanda bahawa masalah kesihatan yang dihadapinya sejak kebelakangan ini sudah pulih sepenuhnya.

Dia mengalami kecederaan buku lali menjelang Terbuka Australia, Januari lalu, tonsilitis yang memaksanya menarik diri menjelang Terbuka Austin minggu lalu dan kecederaan pergelangan tangan yang menjejaskan kempennya tahun lalu.

"Saya rasa lebih positif dengan aksi saya hari ini. Pada hari pertama saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

"Hari ini saya rasa lebih baik terutama dengan keadaan cuaca. Ia berangin tetapi saya dapat mengatasinya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Mac 2023 @ 10:11 AM