JUARA Terbuka AS, Emma Raducanu. -FOTO Reuters
JUARA Terbuka AS, Emma Raducanu. -FOTO Reuters
AFP

London: Juara Terbuka Amerika Syarikat (AS) Emma Raducanu menjangkakan dia akan kembali cergas untuk beraksi beraksi di Wimbledon walaupun menarik diri daripada penyertaan di WTA Birmingham kerana kecederaan yang dialaminya.

Persiapan Emma untuk menghadapi Wimbledon berdepan tamparan apabila dia terpaksa menarik diri daripada pusingan pertama di Nottingham ketika berdepan Viktorija Golubic Selasa lalu.

Pemain berusia 19 tahun itu hanya bertahan tujuh permainan sebelum kecederaan yang dialami turut memaksanya menarik diri daripada membuat penampilan pertama di tempat sendiri sejak memenangi Terbuka AS tahun lalu.

Raducanu mengakui selepas perlawanan bahawa dia 'tidak tahu' jika dia akan pulih tepat pada masanya untuk bermain di Wimbledon.

Tapi imbasan yang diperoleh meredakan ketakutan itu dan pemain nombor satu Britain itu yakin dapat beraksi di Kelab Seluruh England dan tidak mahu mengambil risiko bermain di Birmingham minggu depan.

"Ia satu yang mengecewakan menarik diri minggu ini dengan kecederaan dan malangnya saya tidak dapat bermain di Birmingham.

"Saya tidak sabar untuk kembali ke gelanggang perlawanan tidak lama lagi walaupun akan menikmati baki musim ini di atas gelanggang rumput," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Jun 2022 @ 12:50 PM