EMMA Raducanu. FOTO AFP
EMMA Raducanu. FOTO AFP
AFP

London: Juara Terbuka Amerika Syarikat (AS), Emma Raducanu diumumkan sebagai duta terbaharu untuk jenama fesyen terkenal Perancis, Dior sekali gus menyaksikannya setaraf dengan selebriti kelas A lain.

Bintang muda British itu yang juga menggayakan jenama barangan perhiasan Tiffany and Co, akan mewakili koleksi pakaian wanita rekaan Maria Grazia Chiuri dan rangkaian penjagaan kulit dan solekan Dior.

Dia memakai pakaian Dior ketika majlis tontonan perdana filem James Bond, 'No Time To Die' bulan lalu dan bintang berusia 18 tahun itu berkongsi pandangannya kepada vogue.co.uk.

"Rekaan Maria Grazia memberi kekuatan kepada wanita untuk berasa lebih yakin yang mana saya rasa sangat unik."

"Keikhlasan pendekatannya dan cara dia mengubah persembahan kepada sesuatu yang sangat bermakna amat mendorong saya," katanya.

Raducanu menarik diri pada saingan Piala Kremlin minggu ini di Moscow selepas tewas pada perlawanan pertamanya sejak Terbuka AS di Indian Wells awal bulan ini.

Dia dijangka kembali beraksi pada minggu depan di Terbuka Transylvania dekat tempat asal bapanya di Romania.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Oktober 2021 @ 11:52 AM