EMMA akui kekalahannya bukanlah disebabkan tekanan. FOTO Reuters
EMMA akui kekalahannya bukanlah disebabkan tekanan. FOTO Reuters
AFP

London: Juara Terbuka Amerika Syarikat (AS), Emma Raducanu mengurangkan tekanan yang dipikul di bahunya selepas tersingkir di pusingan kedua Wimbledon.

Pemain Britain pilihan ke-10 itu tumpas 3-6, 3-6 menentang Caroline Garcia, sekali gus mengecewakan peminat tuan rumah di Centre Court.

Bagaimanapun, pemain berusia 19 tahun itu yakin selepas kekalahannya dia tidak lagi diletakkan harapan tinggi seperti sebelum ini.

Emma ditanya sama ada berdepan tekanan di Wimbledon sekali lagi akan membantunya untuk mempersiapkan diri mempertahankan kejuaraan Terbuka AS.

Dia hanya tertawa dan berkata tidak sabar untuk kembali beraksi di Flushing Meadows.

"Tidak ada tekanan. Adakah ada tekanan buat saya? Saya baru 19 tahun. Saya benar-benar memenangi Grand Slam.

"Kembali ke New York, ia akan menjadi sesuatu yang menarik kerana saya mempunyai banyak pengalaman bermain di gelanggang besar, bermain dengan orang ramai di stadium, bermain dengan tumpuan difokuskan kepada saya.

"Saya tidak kisah semua itu. Bagi saya, semuanya adalah proses belajar. Saya merangkul setiap detik yang dilemparkan kepada saya."

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Jun 2022 @ 12:57 PM