DAMARIS mangsa pembunuhan teman lelaki. FOTO Agensi
DAMARIS mangsa pembunuhan teman lelaki. FOTO Agensi
Reuters

Nairobi: Atlet Kenya kelahiran Bahrain ditemui mati di bandar Iten dan teman lelakinya berketurunan Habsyah disyaki membunuh wanita itu, menurut polis hari ini.

Pembunuhan Damaris Muthee Mutua berlaku hanya beberapa bulan selepas seorang lagi atlet Olimpik negara itu, Agnes Tirop ditemui mati ditikam di bandar sama pada Oktober lalu.

Mayat Damaris, 28, yang memegang dua kerakyatan Kenyan-Bahrain ditemui mereput di sebuah rumah, menurut komander polis, Tom Makori. Teman lelakinya dari Habsyah menjadi suspek utama.

Iten yang menjadi lokasi kedua-dua pembunuhan menjadi pusat latihan popular dalam kalangan atlet jarak jauh. Tragedi itu menimbulkan kebimbangan mengenai keganasan ke atas wanita di negara timur Afrika terbabit.

"Mayat dibawa ke hospital berdekatan," kata Makori.

Polis kini memburu teman wanita Damaris, Eskinder Hailemaryam Folie yang mengakui melakukan pembunuhan itu. Dia berlatih ditempat sama namun kemudiannya melarikan diri dengan meninggalkan Kenya, menurut polis.

"Suspek menghubungi rakan yang berlatih bersama dan memberitahu dia membunuh teman wanita dan mayat ada di rumah," kata Makori.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 April 2022 @ 12:03 PM