Djokovic menentang Medvedev di pentas akhir Terbuka Australia. FOTO AFP
Djokovic menentang Medvedev di pentas akhir Terbuka Australia. FOTO AFP
AFP

Melbourne: Novak Djokovic melangkah ke final Terbuka Australia dengan rekod tanpa kalah sepanjang lapan perlawanan akhir sebelum ini namun mengetahui bahawa dia perlu bersiap sedia dari segi mental dan fizikal jika ingin menewaskan pemain Russia, Daniil Medvedev.

Pemain nombor satu dunia dari Serbia itu terpaksa melawan kecederaan untuk mara ke pentas akhir.

Kecederaan perut ketika pusingan ketiga hampir menunjukkan jalan keluar apabila tidak dapat berlatih ketika perlawanan itu.

Namun selepas kemenangan di separuh akhir menentang seorang lagi pemain dari Russia, Aslan Karatsev, Djokovic dia berasa lebih sihat berbanding dua minggu lalu.

Dia akan berdepan dengan cabaran yang sama sekali berbeza apabila turun bertemu 'pemain catur' Medvedev belum tewas dalam 20 perlawanan berturut-turut sebelum ini.

Medvedev kini menghuni ranking keempat dunia belum lagi tewas sebarang perlawanan sejak November lalu termasuk kemenangan straight set ke atas pemain Serbia itu ketika ATP akhir di London.

"Dia begitu mantap. Saya juga mendengar (pengulas) Jim Courier memanggilnya pemain catur utama kerana taktikal yang di gunakan di atas gelanggang dan itu adalah benar.

"Anda tahu, dia seorang pemain tenis yang sangat pintar," kata Djokovic

Djokovic kini memburu kemenangan kesembilannya di Melbourne Park dan menyasarkan gelaran Grand Slam ke-18 untuk merapatkan jurang Roger Federer dan Rafael Nadal, masing-masing meraih 20 gelaran.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Februari 2021 @ 12:23 PM