DJOKOVIC terbaring puas apabila berjaya mengalahkan Medvedev dalam perlawanan akhir Terbuka Australia sebentar tadi. FOTO AFP
DJOKOVIC terbaring puas apabila berjaya mengalahkan Medvedev dalam perlawanan akhir Terbuka Australia sebentar tadi. FOTO AFP
AFP

Melbourne: Pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic mengalahkan lawannya dari Russia, Daniil Medvedev straight set untuk merangkul kejuaraan Terbuka Australia kali kesembilan di Melbourne Park sebentar tadi.

Djokovic mengetepikan pilihan keempat itu 7-5, 6-2, 6-2 di depan 7,400 penonton di Arena Rod Laver bagi menamatkan rekod tanpa kalah lawannya selepas 20 perlawanan.

Selain merangkul gelaran Terbuka Australia tiga kali berturut-turut buat kali kedua, pemain kelahiran Serbia itu juga meraih Grand Slam buat kali ke-18 hanya kurang dua trofi berbanding Roger Federer dan Rafael Nadal.

Hasrat Medvedev untuk merangkul Gran Slam pertamanya masih belum kesampaian.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Februari 2021 @ 6:55 PM