ANTONY (kiri) antara pemain mahal yang dibeli United pada penghujung musim 2022-23.
ANTONY (kiri) antara pemain mahal yang dibeli United pada penghujung musim 2022-23.
Reuters

London: Skuad Manchester United pada musim 2022-23 adalah yang termahal di Eropah, menurut laporan Uefa hari ini.

Laporan "European Club Finance and Investment Landscape" menyebut United membelanjakan lebih 1.42 bilion euro (RM7.28 bilion) ke atas skuad ketika itu sekali gus mengatasi 1.33 bilion (RM6.82 bilion) yang dihabiskan Real Madrid pada 2020.

Skuad Erik ten Hag pada penghujung musim 2022-23 termasuk perpindahan mahal membabitkan Antony, Harry Maguire, Jadon Sancho dan Casemiro. Manakala pesaing United, Manchester City menduduki tempat kedua pada musim itu dengan nilai skuad 1.286 bilion euro (RM6.62 bilion).

Laporan itu turut mendedahkan Real Madrid (841 juta euro (RM4.31 bilion), Manchester City (836 juta euro) (RM4.29 bilion), Barcelona (815 juta euro) (RM4.18 bilion) dan Paris St Germain (807 juta euro) (RM4.14 bilion) memperoleh keuntungan tertinggi pada 2022.

Liga Perdana Inggeris mempunyai sembilan kelab dalam kalangan 20 pasukan paling untung dengan purata keuntungan 323 juta euro (RM1.65 bilion).

LaLiga Sepanyol kedua dengan keuntungan 3.3 bilion euro (RM16.9 bilion), with Bundesliga Jerman (3.2 bilion euro) (RM16.4 bilion), Serie A Itali (2.4 bilion euro) (RM12.3 bilion) dan Ligue 1 Perancis (2 bilion euro) (RM10.26 bilion) melengkapkan lima teratas.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Februari 2024 @ 4:31 PM