LIVRAMENTO tandatangani kontrak lima tahun bersama Newcastle. FOTO FAIL REUTERS
LIVRAMENTO tandatangani kontrak lima tahun bersama Newcastle. FOTO FAIL REUTERS
AFP

London: Newcastle melengkapkan perpindahan pemain pertahanan, Tino Livramento dari Southampton dengan yuran dilaporkan £32 juta (RM186.33 juta).

Livramento, 20, yang menandatangani kontrak lima tahun bersama Newcastle, beraksi cemerlang pada musim 2021/22 selepas berpindah ke St Mary's dari Chelsea.

Bagaimanapun, dia tersisih sebahagian besar musim lalu kerana kecederaan lutut dialami pada April 2022, sebelum Southampton akhirnya tersingkir dari Liga Perdana Inggeris (EPL).

BBC melaporkan, jumlah keseluruhan yuran boleh mencecah £40 juta (RM233 juta) sekiranya bonus prestasinya berjaya dicapai.

Bos Newcastle, Eddie Howe kini menambah tiga pemain baharu dalam skuad ketika jendela perpindahan musim panas selepas kehadiran pemain tengah antarabangsa Itali, Sandro Tonali dan pemain sayap, Harvey Barnes.

"Pada usia 20 tahun, dia sudah banyak sifat yang menarik minat saya dan turut berpotensi untuk membesar serta berkembangm dengan kelab ini," kata Howe dalam kenyataan.

"Saya tidak sabar untuk bekerja dengannya dan melihat dia membangun bersama jersi Newcastle."

Berbekalkan sokongan kemewahan dan kewangan kukuh Arab Saudi, Newcastle layak ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL buat kali pertama dalam tempoh 20 tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Ogos 2023 @ 9:36 PM