NEWCASTLE akan berdepan PSG dalam aksi Liga Juara-Juara. -FOTO Reuters
NEWCASTLE akan berdepan PSG dalam aksi Liga Juara-Juara. -FOTO Reuters
AFP

Manchester, United Kingdom: Newcastle perlu mengatasi kehebatan Paris Saint-Germain dan mengharapkan senarai panjang pemain yang mengalami kecederaan ia tidak akan merencat penampilan pertama Magpies di Liga Juara-Juara selepas 20 tahu dengan berakhir lebih awal Rabu ini

Dua kekalahan berturut-turut selepas tewas kepada Borussia Dortmund akan menyebabkan anak buah Eddie Howe menduduki tangga tercorot Kumpulan F selain mereka juga akan berdepan pasukan separuh akhir musim lalu AC Milan 14 Disember ini.

Newcastle mesti mengelak kekalahan di ibu negara Perancis untuk berpeluang mara ke pusingan 16 terakhir.

Mereka dilihat mempunyai peluang selepas pernah menewaskan PSG 4-1 di Tyneside pada Oktober.

Namun beberapa perkara terbongkar selepas itu selain mereka kini berdepan krisis kecederaan walaupun kelab itu disokong oleh dana kekayaan kerajaan Arab Saudi.

Newcastle tidak menggunakan kekayaan yang disalurkan kepada mereka secara mutlak pada jendela perpindahan mengikut piawaian pasukan teratas Liga Perdana.

Mereka mengikat Sandro Tonali musim panas lalu namun pemain itu digantung 10 bulan kerana melanggar pertaruhan semasa bersama Milan.

Harvey Barnes menghabiskan sebahagian besar kempen ini di bangku simpanan kerana kecederaan sejak berpindah dari Leicester, manakala pemain pertahanan muda Lewis Hall dan Tino Livramento hanya beraksi dalam beberapa minggu kebelakangan ini kerana kecederaan.

Keputusan untuk menjadi lebih konservatif dalam pasaran perpindahan kini kembali walaupun Newcastle menunjukkan keazaman yang luar biasa selepas membelasah Chelsea 4-1 Sabtu lalu biarpun tanpa 13 pemain pasukan utama.

Sven Botman, Dan Burn, Callum Wilson, Joe Willock dan Sean Longstaff adalah antara pemain utama lain yang mungkin terlepas lagi aksi di Parc des Princes.

"Anda lihat pemain yang hilang dan itu adalah persembahan luar biasa dari pemain kami yang cergas," kata Howe selepas Chelsea diketepikan di St. James' Park.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 November 2023 @ 11:18 AM