FEICHTENBEINER dilantik ketua jurulatih skuad kebangsaan Myanmar. FOTO ARKIB NSTP
FEICHTENBEINER dilantik ketua jurulatih skuad kebangsaan Myanmar. FOTO ARKIB NSTP
Zulkarnain Azman


Kuala Lumpur: Selepas gagal membawa Selangor merangkul piala dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M), Michael Feichtenbeiner mencuba nasib dengan membawa 'DNA Jerman' miliknya ke bumi Myanmar.

Situasi itu disahkan Persatuan Bola Sepak Myanmar yang melantik jurulatih berusia 62 tahun mengendalikan pasukan kebangsaan negara itu.

Difahamkan, Feichtenbeiner memulakan tugasnya mulai hari ini bagi menggantikan rakan senegara, Antoine Hey yang meninggalkan pasukan pada Januari lalu.

Selain berperanan sebagai jurulatih pasukan senior Myanmar, Feichtenbeiner bertanggungjawab menguruskan skuad bawah 23 tahun (B-23) mereka.

Ini bermakna tugasan antarabangsa terawalnya ialah Sukan Sea Kemboja, Mei depan.

"Apabila menyertai pasukan Myanmar, saya memenuhi impian peribadi dan sentiasa teruja melatih pasukan kebangsaan.

"Disebabkan seorang pemain Myanmar (Hein Htet Aung) yang mempunyai kontrak dengan Selangor, saya mengetahui sedikit pasal bola sepak Myanmar dan tidak sabar melaksanakan tugas baru ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Mac 2023 @ 5:35 PM