KLOPP mahu memenangi kejuaraan liga. FOTO AFP
KLOPP mahu memenangi kejuaraan liga. FOTO AFP
AFP

Liverpool: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp berkata memenangi Liga Perdana adalah keutamaannya selepas Reds menewaskan Watford 2-0, semalam.

Diogo Jota dan Fabinho meledak gol ketika melayan kunjungan Hornets di Anfield sekali gus memulakan kempen penting untuk Liverpool yang kekal dalam pemburuan empat trofi.

Selepas ini Liverpool akan bertemu City minggu depan di tempat lawan selain mengharungi dua aksi suku akhir Liga Juara-Juara bertemu Benfica dan aksi separuh akhir Piala FA bertemu City.

"Liga Perdana adalah pertandingan paling penting. Minggu ini akan menentukan banyak perkara pada Mei nanti," kata kata Klopp yang menyaksikan pasukannya menjulang Piala Liga, Februari lalu.

Klopp merehatkan Luis Diaz dan Sadio Mane di bangku simpanan selepas tugasan antarabangsa bersama Trent Alexander-Arnold yang baharu pulih daripada kecederaan.

Pada perlawanan itu, Liverpool meraih gol pertama menerusi Diogo Jota minit ke-22 sebelum Fabinho mengesahkan kemenangan apabila menyempurnakan sepakan penalti minit ke-89.

"Saya tidak pernah terfikir selepas tempoh rehat antarabangsa saya dapat melihat aksi terbaik musim ini.

"Kami mempamerkan kematangan dan menguasai perlawanan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 April 2022 @ 12:28 PM