NUNEZ kemungkinan besar tidak dapat beraksi apabila berkunjung ke Arsenal. FOTO AFP
NUNEZ kemungkinan besar tidak dapat beraksi apabila berkunjung ke Arsenal. FOTO AFP
AFP

London: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp berkata Darwin Nunez kemungkinan besar tidak dapat beraksi apabila berkunjung ke Arsenal pada Isnin ini ketika pelawat berhasrat melebarkan kelebihan lapan mata dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Nunez menjadi watak penting dalam kebangkitan The Reds di tangga teratas selepas meledak 11 gol dan 11 bantuan jaringan dalam semua pertandingan musim ini.

Pemain Uruguay itu berdepan masalah di kaki dan menjadi kehilangan besar untuk Klopp selepas beliau turut tidak dapat menggunakan khidmat Mohamed Salah yang masih diketepikan akibat kecederaan hamstring.

"Dia meninggalkan stadium dengan memakai but, dan ia bukan but bola sepak. Jadi tiada yang patah, x-ray tiada apa-apa. Tapi bengkak.

"Kami perlu lihat sama ada kakinya boleh kembali menyarung but (bola sepak), atau tidak," katanya.

Diogo Jota pula menggantikan ketiadaan Salah dengan pemain Portugal itu menjaringkan empat gol dalam empat perlawanan terakhirnya sekali gus sudah meledak 13 gol setakat ini.

"Dia mempunyai pakej yang lengkap," tambah Klopp mengenai prestasi Jota.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Februari 2024 @ 9:41 PM